Friday 11 December 2015

The Prep

Bismillahirrohmanirrohim.

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Tinggal dua hari lagi.

Isnin nanti kami akan berlepas ke Madinah, dan 19 Disember kami akan kembara ke Makkah, insha-Allah. Perasaan bercampur-baur, terharu kerana syukur alhamdulillah kami dijemput pada usia yang muda, nervous sebab masih ada cerita tentang demam selesema MERS-COV tu, dan ada kerisauan sikit meninggalkan keluarga dan anak bulus.

Semoga perjalanan kami dipermudahkan pergi dan kembali.

Ramai juga rakan yang mengirimkan doa mereka. Ada rakan yang anaknya sedang sakit, ada supervisor yang isterinya bertarung nyawa dengan sakit jantung, ada rakan yang sedang mengandung tetapi mengalami komplikasi, ada rakan yang suaminya diganggu tekanan emosi. Banyak sungguh cerita kita di dunia ni. If we are envious of what other people have and of their happiness, ingatlah, apa yang dipaparkan pada laman sosial itulah yang dia mahu kita lihat. In fact, we all face our own struggle in daily life. Bezanya kita ni jenis mencapap atau tidak lah kan?

Bagi saya, saya tidak suka nak tunjukkan kesedihan/kedukaan di laman sosial. Bagi saya itu sungguh private. Bagi saya, jika saya tiada lagi di dunia ini, saya mahu diingati sebagai orang yang happy-go-lucky sahaja.

Rasanya semua kelengkapan kami sudah tersedia. Tinggal nak cuci baju yang last dalam laundry basket dan lipat masuk luggage je dah. Ahad petang kami akan hantar anak bulus ni ke vet diorang untuk boarding. Mudahan takdelah masalah sebab Auntie Ain dan Auntie Izah will be listed as emergency contact and proxy untuk allow any emergency decisions.

Diorang pun macam tahu kami dah nak jalan jauh lagi. Manja sungguh. Jack especially sebab dia paling rapat dengan mama dia ni. Oreo tu lebih independent. Recently dah tukar food diorang to premium quality food. Bagus jugak sebab stoool diorang tak lah busuk sangat. And they seemed more content. Lebih cepat kenyang walaupun makan sikit je. Tidur pun lebih nyenyak. Esok nak top up dah lah food tu dan belanja wet food sikit untuk ditinggalkan pada vet.

Anyways, patutnya cerita pasal prep kan?

Haha. Ok. Boleh tak kemalasan menguasai diri ini. Lately penat sangat-sangat. Perlu lebih rehat je. Jadi kita list down ringkas-ringkas je lah ye? Mesti korang tertanya-tanya tentang pakej umrah kan?

Facts:
1. Kami decide nak join umrah ni bila ada kawan saya yang memang ayahnya pergi every year. Murah rezeki mereka. Jadi bila check ada budget lebih dan cuti lebih, suami pun bagi green light untuk submit nama.

2. Pakej umrah yang kami join ni ialah under Al-Hisbah Services. Katanya sister company of Gemilang. Tak apa lah. We have faith in my friend.

3. Kos pakej ialah RM7000 sebab group package. Kitorang mintak private room for the both of us so add on RM1000 lagi. Still cheap rasanya sebab sekarang banyak cerita agent rugi sebab matawang ringgit jatuh. Katanya banyak agent yang mintak top-up untuk tampung additional expenses di sana. Wallahualam.

4. Kursus umrah pulak, team kami ni ada jugak buat tapi weekdays malam, so kami tak join sebab kami kan mengajar tusyen weekdays malam. Jadi kami decide join yang free walk-in organized by Tabung Haji je. Boleh check di website tabung haji tours. Ada tiga lokasi iaitu Tabung Haji Jalan Tun Razak, Tabung Haji Kelana Jaya dan Masjid Besi di Putrajaya. This year schedule dia memang hari Sabtu dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Yang ni kami baru join last week. Tapi kami nasihatkan kawan-kawan join lah awal supaya bolehlah repeat kelas supaya adalah soalan-soalan yang boleh ditanya.

5. Barang kelengkapan umrah seperti pakaian ihram, beg kasut, botol air wudhu' dan lain-lain, kami beli daripada Mydin Emporium di Jalan TAR. Murah. Dulu terfikir nak ke PKNS di Shah Alam, tapi banyak review yang cakap sebab butik individu ni selalunya mahal. Berjimatlah tetapi masih pakai yang terbaik untuk menjadi tetamu Allah dan Rasulullah dan para sahabat.

6. Vaccination for Meningitis: ni pun dah settle a month ago lepas kami confirm payment. Mostly boleh ambil injection ni di klinik kesihatan, tetapi kalau malas nak beratur,bolehlah ke klinik swasta di kawasan perumahan anda. Cuma telefonlah dulu untuk booking/bertanyakan stok sebab bila tiba musim umrah (cuti sekolah), confirm stok cepat habis. Harga mostly around RM150-180 gitu seorang. Vaccination ni will last for 5 years, however, kerajaan Saudi menetapkan expiry sampai 3 tahun sahaja. Selepas 3 tahun, jika ingin memohon visa Saudi lagi, perlulah ambil injection ini semula.

7. Serahkan passport, buku vaccination (klinik akan bagi), gambar passport saiz saudi visa (menutup aurat dan pakaian gelap), kepada agent : done.

Barang-barang yang nak pack maybe akan sambung next post lah eh. Ngantuk pulak dah. It's time for meds and then bed.

Selamat malam semua.

Masih ada harapan. :)

xoxo


Thursday 12 November 2015

When in Jannah

Bismillahirrohmanirrohim.

"Imagine... sitting with your spose in Jannah. And then deciding what the plans would be for that day...

Should we go outside, sit on our thrones, with waterfalls of milk and honey flowing beneath us? And enjoy a cup of Jannah wine, while smelling the sweet scent of Jannah musk?

Should we go to the souq, the market place, and meet all of our old friends that we used to kick it of with in the dunya, and talk about what dunya was like, and how we all made it here, and how Allah (subhanahuwata'ala) bestowed His favor upon on?

And then your spouse says, you know what, how about we go visit the Prophet (sallallahualaihisalam) today. And so you and your spouse, go hands in hand, walking towards the house of the Prophet (sallallahualaihisalam).

You pass the homes of Talha and Zubair (radiallahuanhu) and you say salaam to them. And then you go and knock on the door of the Prophet (sallallahualaihisalam) in Jannah.

Lo and behold! Rasulullah (sallallahualaihisalam) opens, with a big smile on his face, and says "Ahlan wa Marhaban, welcome" and embraces you.

And invites you to sit inside his home, in his noble living room, and sits right across from you and asks you if you would like a cup of Jannah tea.

And you sit in the home of the Prophet (sallallahualaihisalam) and he gives you a cup of tea. And he sits infront of you and gives yu his undivided attention. 

Imagine what that discussion would be like...what would you tell him? What would you ask him?

Would you tell him about your favorite moment in the seerah? Or would you ask him what Taif was really like? And how he still managed to remember us, as the blood spilled from his noble face?

But in Jannah, there are no more tears and no more fears.... Just the sweetness of success and sacrifices.

Imagine him (sallallahualaihisalam) telling you an inside joke between him and 
Aisha (radiallahuanhu)? Or the time he caught Anas (radiallahuanhu) playing with kids, instead of running errands?

What if Rasulullah (sallallahualaihisalam) told you how he remembered YOU, or how he knew YOUR name, and longed for the moment he would meet YOU?

What if Rasulullah (sallallahualaihisalam) told you that "I remember when your salam reached me, and I answered waalaykumsalam," and so and so.

What if, at the end of that conversation, the Prophet (sallallahualaihisalam) extended his hand and offered you a sip of water, after which again you would never feel thirst, not physically nor spiritually...

For the only sight more noble and beautiful than the face of Muhammad (sallallahualaihisalam), is the face of the Lord of Muhammad (sallallahualaihisalam), and the Lord of you.

And for that, all you have to do is look up...and you will see Allah (subhanahuwata'ala).

Because in Al-Firdaus, you will never be left to imagine again."

(Imam Omar Suleman)

I take no credit from this piece. It was copied from a post I saw on Facebook by sister Sarah Hameed.

Wonderful isn't it?

How long will it be before I can experience this?

xoxo

Tuesday 27 October 2015

January 2016

Bismillahirrohmanirrohim..

Tak dapat nak lelapkan mata. Jam menunjukkan pukul 1.13am. Hujan renyai-renyai diluar. 

Dah selamat jumpa doctor dah semalam.
Result kurang memberangsangkan. 
Vitamin D turun lagi sedangkan dah sibuk telan pil 2000IU dua kali sehari. Bukan itu sahaja, siap pergi taman lagi berjemur mana-mana bahagian yang boleh didedahkan pada cahaya matahari.

Result toxoplasmosis is negative, makanya kucing-kucingku sihat dan bebas daripada jangkitan kuman tu. Toxoplasmosis ni boleh hadir dalam kucing yang dijangkiti virus tu. Dikeluarkan dari badan kucing melalui tinja. Kalau aku tersentuh tinja, maka boleh berpindah pada aku. Bila aku mengandung, bayi aku nanti mungkin akan mengalami kecacatan perkembangan. Nauzubillahiminzalik. 

ET cantik bulan ni tapi bila aku bagitahu doktor aku amalkan EPO at 1000IU 3x a day, doktor suruh stop or reduce habis-habisan sebab memangla EPO ni elok untuk bantu tebalkan ET sebab ada estrogen, tapi side effect dia ialah akan berlaku pergerakan seakan-akan bergelombang pada UC yang akan mengganggu implantasi embryo jika berjaya disenyawakan. Pergerakan ni terlampau kecil dan hanya boleh diperhatikan melalui rakaman video TVS yang dipercepatkan. 

Ovari kanan ada folikel tetapi lokasinya jauh daripada yang sepatutnya.

Ovari kiri ada foliket bersaiz ideal tetapi morfologinya kurang cantik kerana terdapat "unjuran" yang aku lupa namanya. Tidak berbentuk bulat seperti biasa.

Doktor semak kembali medical records. Dah setahun lebih dah daripada x-ray HSG pertama. Maka aku diminta untuk buat temujanji untuk HSG x-ray kedua untuk memastikan tiada bahagian yang "kurang sihat". Akan telefon Hospital Tawakkal, Jalan Pahang on D1, ask for appointment with Dr. Fatimah. Bawa balik report HSG ni nanti during appointment seterusnya. Perlu makan antibiotik sehari sebelum, hari HSG dan sehari selepas HsG ni untuk mengelakkan jangkitan kuman. Ni bukan x-ray rangka tulang ye. X-ray ni special sebab ada dakwat yang akan disalurkan ke dalam ruang rahim dan terus ke tiub falopia dan ovari kiri kanan sambil diambil gambar x-ray untuk melihat kelancaran pergerakan cecair tersebut. Mudahan tak ada yang sumbat ye. 

In the meantime, continue with Vit D at 2000IU 2x per day. Sampai sebulan atau sebulan setengah nanti, datang balik untuk buat blood test. Tuesdays and Fridays je, result akan dapat two working days after. 

So apa yang akan berlaku January 2016 nanti??

Selain berkongsi perancangan kami untuk ke umrah December ni nanti (doctor tu pun akan pergi inshaAllah), doktor dah bagi ubat siap-siap dah untuk dimakan pada cycle D3-D8 sejurus selepas pulang daripada umrah. Ubat ni memang power sebab arahan ialah makan satu tablet setiap hari untuk 5 hari, tetapi pada waktu malam sahaja sebelum tidur. Sebab lepas makan ubat ni confirm pening mabuk loya berpinar-pinar dibuatnya. So strictly for night only. Bila dah sudah, jumpa doktor lagi pada D11/D12/D13 untuk monitoring.

Apa term menarik appointment kali ini? 

Aku sampaikan pada student aku, belajar biologi ni macam belajar bahasa. Bila tahu bahasanya, maka tahulah maksudnya.

Term kali ini ialah... (Drum roll)

Intra-cytoplasmic Sperm Injection atau ICSI. 

Apa itu ICSI? Dan apa beza IcSI dengan IVF?

Tunggu post seterusnya selepas aku habis mentelaah agar dapat disampaikan ilmu sains ini dengan mudah. 

Betapa kecilnya kita dan betapa hebatnya ciptaan Allah subhanahuwata'ala. 

Kun fa ya kun

Sunday 25 October 2015

Between Want and Need

Bismillahirrohmanirrohim..

Ya.

Antara nak dan perlu.

Want and need.

Mood sentap sikit sebab semalam terbaca satu artikel tentang this girl yang TTC juga.

Tentang kesedihan kami yang tengah TTC ni sebenarnya berpunca daripada masyarakat sekeliling yang agak mendesak apabila asyik menanya bila lagi nak mengandung dan tak teringin ke nak anak.

Side track sikit.

Sekarang aku mengajar tusyen kan. Jadi rumah kami ni sentiasalah dikunjungi budak-budak. Jack dengan Oreo pulak awalnya takut sangat sebab tak biasa dalam rumah ni ada suara orang lain. Bila kawan datang visit tu lain cerita la kan. Finally after 3-4 weeks ni, seperti yang dijangka, Jack makin pandai bersosial dengan budak-budak yang datang tusyen tu. Bila ada kelas tusyen je mesti dia tunggu budak sampai sambil jenguk keluar di sliding door, atau panjat atas meja dan memerhatikan budak-budak tu buat latihan, kadang-kadang dia akan duduk di kerusi belakang aku ketika aku mengajar dan tido atau menanti usapan dan belaian. Oreo memang jangan harap la nak manja dengan strangers. Mungkin sebab sebelum ni dia stray yang pernah didera atau selalu dihalau oleh orang lain. :( Selalu menghilang, biasanya naik atas dan tido. Sebaik sahaja budak balik dan kami baru nak kunci pintu utama, nampaklah Oreo di anak tangga paling bawah sambil menguap, seolah-olah bertanya, budak-budak dah balik ke?. Hehe. Kelakar. Lainkali lah aku cerita telatah diorang ni.

Satu hari tu, tengah monitor student yang berumur 7 tahun ni, tiba-tiba student tu pandang sekeliling. Macam tengah cari something. Aku ingatkan dia tengah fikir jawapan pada soalan latihan yang aku berikan. Rupanya...

"Auntie takde anak ke?"
"(senyum) Belum lagi. Insya-Allah tahun depan,"

Matanya kembali kepada buku latihan. Aku pun pandang sekeliling rumah ni. Patutlah. Gambar yang kami ada hanyalah gambar kahwin kami yang bersaiz kecil, dan gambar ketika kami bercuti di Langkawi tahun 2012, 3 bulan lepas kahwin. Kedua-dua gambar ni terletak diatas rak buku tepi tv. Suami sememangnya tak mahu ada gambar manusia yang digantung dalam rumah ni. Katanya nanti malaikat tak masuk. Wallahu'alam.

Aku ada letak satu gambar baby. Baby siapa? Heh! confirmla gambar aku time baby. Aku selalu perhatikan baby orang lain. Biasanya nak tengok baby tu dapat paras rupa siapa, sambil memikirkan, baby kami nanti rupa macam mana ya?

Kakak yang datang urut aku semalam kata, "genetik diorang tu kuat. Confirm anak kamu nanti banyak dapat ciri-ciri dia." Aku gelak je. Sambil tahan sakit sebab seminggu lepas aku jatuh tangga.

Salah sendiri. Pakai stoking dalam rumah budak-budak yang aku jaga tu. Aku rushing nak turun ke bawah tapi taklah berlari pun. Entah macam mana, miss satu step, meluncur turun tiga anak tangga, dan landing confirmlah atas punggung. Aku cuba break the fall dengan tangan. Sempat cushion the fall sikit je. Bahagian badan sebelah kiri sakit. Bila urut ni memang ouch ouch la kan. Suami marah. Marah sikitla. Sebab dia tak nak apa-apa berlaku. Aku cakap aku ok je.

Dua hari lepas tu "makcik datang ziarah". Hmm.. Lepas jatuh tu aku monitor jugak sebenarnya takut-takut ada bleeding. Alhamdulillah takda.

Ok, so kembali kepada cerita sebenar.

Lepas baca post that girl tadi di FB, aku sentap.

Dia kata, sebenarnya suami isteri tenang je menghadapi ujian Allah ni. Most of the time tak fikir pun sebab sibuk dengan urusan harian dan masa lapang tu, enjoy each other's company. Kami mula stress bila kami diingatkan, when it is slapped on our faces that "something is missing" in our life.

Tetapi orang lupa.

Anak itu amanah daripada Allah.

Nak dapat senang. (bagi diorang la kan because clearly for me macam struggle habis). Tapi nak jaga susah. Sebab anak-anak ni nanti akan menuntut pada kita di hari pengadilan.

Lepas tu timbul persoalan sebenar.

Ada anak ni, keperluan atau kehendak? I think it is a privilege.

Baru tengahari tadi kami menonton wayang (dirumah je, jimat), Gone Girl.

Perbualan suami isteri dalam movie tu yang berbunyi begini:

"Having a child can not and will not fix a troubled marriage,"

Lebih kurang macam itulah. Isi tersirat di situ kiranya mempersoalkan keperluan untuk ada anak ni. Kalau sekadar untuk meredakan pergolakan dalam rumah tangga, it will not solve the issue sebab bila dah ada anak, timbul pula dugaan lain dan masalah sebenar tadi sebenarnya belum dapat diselesaikan pun.

There is no shortcut to having a child. There is no shortcut to a happy life. There is no shortcut to maintaining a marriage.

It all requires work from both parties.

Jadi persoalannya, lagi dan lagi dan lagi, do you want a child? Or do you need a child?

Allah akan bagi apa yang kita perlu, dan tak semestinya apa yang kita mahu.

Babak suami isteri yang bergaduh dalam movie ni betul-betul membuka mata aku tentang argument suami isteri yang "berbincang/merancang/bercadang" untuk dapatkan anak.

Truth is, kitorang tak pernah argue pasal nak anak. We both just want one, or more.
Suami pernah berseloroh nak anak ramai supaya boleh buat pasukan bola. I liked that idea. We talked about it alot diawal perkahwinan dulu.

Lepas kahwin, idea tu diskaun jadi pasuka bola futsal.

Sekarang, tak tahulah ada diskaun ke tak tapi if dapat sorang pun kami dah sangat-sangat bersyukur.

If.

If is good.

[Esok jumpa doctor lagi. Check up lagi. Mungkin buat kali terakhir tahun ini. Jika keadaan belum mengizinkan, kami akan teruskan kembara kami untuk menziarahi rumah Allah, bulan December nanti. Doakan kami selamat pergi dan kembali]

xoxo


Thursday 15 October 2015

Reset

Bismillahirrahmanirrahim

Ye. Reset.
The clock.
This month false alarm lagi tapi tak lah lama. Cuma cycle 29 days sahaja.
Awal Muharram. Suami bercuti. Keluar makan. Perut sakit.
Balik rumah. Confirm.
Dah tak kuasa nak nangis lagi dah.
Air mata tu ada.
Tapi tak jatuh.
Nak cuba lagi ke?
Semakin rasa menjauh.
Terlintas di fikiran, mungkin dia akan lebih bahagia dengan orang lain.
I have nothing to offer in this condition.
Tetapi dia tetap bertahan.
We're in the same boat, katanya.
Boat nak pergi mana tu? Aku berseloroh.
Kami ketawa. Reset perasaan itu.
Kembali perasaan kasih, kembali perasaan sayang.
Syukur dia tak pernah putus asa.

Setiap hari aku elak buka Facebook.
Elak buka Instagram.
Elak nak tanya khabar pada kawan dan keluarga.
Sebab sebenarnya aku elak diorang tanya soalan tu pada aku.
Sebab aku sendiri tak tahu jawapannya. Bila lagi?
Allah je yang tahu.
Kalau aku tahu, confirm aku buat kenduri kambing golek dua ekor terus.
Pelamin fresh flowers dengan crib putih, pink lace if its a girl dan cotton blue if its a boy.
Tapi tak.
That is not how it works.

Aku elak tengok gambar.
Supaya aku tak diingatkan yang aku ni tak mampu.
Supaya aku tak termimpi-mimpi diberitahu oleh doktor, kejadian istimewa itu, milik aku.

Hari ini hari kedua.
Aku dah cuba telefon nurse untuk buat temujanji seterusnya.
Masih menanti nurse telefon semula kerana klinik penuh dan nurse sibuk.

Baca blog doktor tu lagi.
Kali ini penuh dengan gambar pasangan-pasangan yang berjaya.
Semuanya bayi tabung uji.

Dulu masa belajar biologi, terngiang-ngiang di telinga suara Mr. LHG sebut pasal benda ni.
Kami semua tertawa.
Mudahnya masa remaja.
Tidak tahu derita.
Tidak tahu kecewa.
Tidak tahu diduga.

Aku ada dua percubaan lagi.

Hari tu dah Strike One.

Bulan Disember nanti kami akan menjalani ibadah umrah.
Semoga dipermudahkan.
Semoga doa kami diterima.
Semoga kami lebih dekat dengan Maha Pencipta.
Semoga kami lebih kuat.
Semoga kami sedar kami hambaNya yang lemah dan tidak terdaya.

Kepada Dia kami datang, dan kepada Dia kami akan kembali.

Tapi persoalan itu tetap bermain di hati.

Bila lagi?

:"/

Tuesday 29 September 2015

Home Tuition

Bismillahirrohmanirrohim

Well, the first two sessions was good. Last night for Biology class buat revision je on Test Paper 1 for Chapter 3&4. Sebenarnya student Biology sorang ni faham the chapter content but her problem is on understanding the question's requirement.

Aku pun hairan kenapa cikgu macam kat sekolah tak ajar. But that was her previous school lah. Sekarang dia dah pindah ke SMK Putrajaya, I hope we can see some improvements lah.

Ketika mengajar Biology ni, memang terngiang-ngiang lah suara Mr. LHG time dia mengajar aku masa form 4 dan form 5 dulu. Every tips tu aku share dengan student ni. Dengan harapan, berkatlah ilmu yang aku turunkan kat dia. Amiin.

-------

Mood aku lately dah improve dah. Mungkin sebab dah active kan hantar budak skolah, malam buat tuition lagi. I always have something to look forward to. Memang jarang dah lah nak ada masa for day nap.

Jadi jangan ingat kerja surirumah senang ye. Pagi hantar budak sekolah, balik tu kemas rumah basuh kain, masak, pastu tengok-tengok dah pukul 1 dah nak kene bersiap solat dan pick up kids from school. Lebih kurang lah simulasi raising a child. Untunglah orang yang boleh ada maid dan cikgu-cikgu tuition ni. Bolehlah rehat sebentar sementara kids kat tempat tuition. Yang ada maid pulak, rumah confirmlah sentiada bersih je and kalau nak, maid dah masakkan sekali.

But I do hope that these parents understand, dalam mengejar kecemerlangan dunia, jangan pandang remeh keperluan psikologi anak-anak yang perlukan perhatian.

Kids yang aku babysit ni recently cakap something yang buat sentap lagi. Pagi tu the day after Malaysia Day. Sekolah biasa kan tengah bercuti minggu tu. Tapi diorang sekolah lah kan sebab international school.

Keluar je daripada rumah, dia nampak banyak kereta jiran masih park kat luar rumah. Obviously ramai parents yang ambil peluang untuk bercuti dengan anak-anak. Probably out of town. Abang tanya,

"Auntie, orang lain semua cuti sekolah kan?"
"Haah. (sambil load their bags in the car and strap their safety belt)"
"Auntie, mama papa diorang pun cuti jugak ke? Banyak je kereta kat luar ni,"
"Haah. Ye kot. Usually they're off to work already kan at this time?"
"Hmm. Auntie, kan best kalau mama papa kerja petang je from 1-3pm. So that boleh hantar dan pick us up and spend time with us,"
"Yes. That would be lovely. But they have to go to work kan, baru ada duit nak save to go for holidays and celebrate birthday parties?"
"Ya, I guess so,"

Lepas tu aku terus tukar topik. Hopefully one day they can really understand lah why things are the way they are now.

Bila bercerita dengan jiran-jiran kat sini, anak-anak mereka semuanya cemerlang. Lepas balik sekolah, hantar sekolah agama. Ni ok lagi. But some tu hantar swimming training lah, music classes lah. Kadang-kadang aku fikir, bila lah bebudak ni ada masa just being kids?

Apa yang diorang tahu, life is always a rush. You have to be really good to make it in life. You have to have money to be happy.

We try our might to prepare them for life, but sometimes we tend to forget that they are just kids.

------

Jerebu lagi. Tekak pun dah ada kahak balik. Malam pulak bernyamuk walaupun tingkap dah tutup awal dan dah spray ubat nyamuk.

Mudahan sentiasa diberikan kesihatan yang baik.

I need to be strong.

"It is wise to keep in mind that neither success nor failure is ever final," - Roger Babson.

Berserah kepada Allah, you are never alone.

xoxo

Thursday 17 September 2015

Babysitting

Bismillahirrahmanirrahim

Hmm. Sekali lagi abandon pulak post kat blog ni kan.

So straight to the point - mesti musykil kan bila tengok blog title kali ni. :)

Yes.

Lepas Raya haritu, one of my neighbour approached me and asked if I am interested to babysit her kids. So kira kidsitting lah. Both boys. Abang is 9 years old and adik is 6 years old. The routine is easy. Hantar pagi to school. Their school is nearby je around 10 minutes drive across the highway to Cyberjaya.

School finishes at 3.30pm. By the time we got home it would be 4pm dah. Then get the kids to take shower, solat and then come down for lunch. Lunch ni mum diorang dah preparekan and I only have to reheat je. Breakfast and lunch box pun mum diorg dah siap pack kan. After makan, their routine is to get their homework done.

I tanya la kenapa dah tak hantar pergi transit as usual. (I just want to gauge la kan what is going on). The mum said that van mahal and they refuse to send her kids home sebab just the two of them living on this side of the town. Other kids memang dah tinggal di Cyberjaya. Before this the van will pick up the kids from school and then drop them off kat transit place. Transit place ni pulak penuh dengan budak and they don't monitor homework at all. Diorang just....tempat transit while waiting for the kids' parents to pick them up.

I cakap I'll think about it and discuss with the husband dulu.

Husband said that's good, at least bolehlah do something kan? Dah setahun jugak dah I'm unemployed. Probably a good time to get up and do something. Halfway through tu I bercerita dengan kakak kat dobi taman kitorang ni. She said I can ask for RM250-350 per kid. I said ok lah kot. So the next time I jumpa my neighbor ni, I am ready with a figure.

Rezeki itu milik Allah. Alhamdulillah sangat2, the kakak actually offered me way better than the figure I had in my mind. Reason dia? Sebab aku ada degree and this is like way below me punya job. Syukur lah. It's a good offer so I accepted it.

3 September haritu first day of school diorang. A new year for them. Abang is in Year 5 and adik is in Year 2. Everything went well.

Pagi time hantar diorang pergi sekolah tu aku akan ajak diorang borak2. Macam-macam topik yang kitorang borakkan, science, history, geography, general knowledge and their experiences. Yang aku paling suka is ask their opinion on certain things. Sebab, aku tak ingat apa yang aku selalu fikirkan at that age.

Petang pun macam tu jugak. Ajak diorang borak sampai rumah. Mum diorang cakap, before this bebudak tu tido je dalam kereta. Problem is bila dah nap siang (on the way to school) and nap petang (coming back from school) ni, malam diorang lambat la nak tido. Bila lambat tido, lambatla nak bangun pagi kan? That's the challenge before this. Nak suruh bangun pagi sebab confirm akan cranky. Especially adik.

Now they have a steady schedule, by the time aku sampai rumah diorang, they are already in the kitchen finishing breakfast. Sometimes the mum tak sempat nak pack rice dalam lunch box diorang so aku tolong la sikit2. By 5.30pm parents diorang dah sampai rumah. I will report on their progress of the day and convey any notes from the teacher. Then I'll balik dah lah.

One of the day yang aku paling ingat happened like two days ago.

Usually aku drop off diorang je kat bay depan school canteen tu. But on that day, aku kene gi bookshop sekolah tu untuk beli additional exercise book then send him off kat gate kecik tepi administration building.

Salam, lepas tu say bye-bye.

"Okay auntie, bye bye, waalaikumsalam, I love you,"

That's what adik said to me.

Aku respond jugak balik "I love you too!"

On the way balik tu aku rasa sebak. Baru seminggu diorang dah so close to me. Tak tahu la kan aku je yang feeling lebih sedangkan budak tu mamai pagi.

I told his mum about it and the mum said elleh with mama takde plak macam tu.

Truth is, before this the kids ada cakap, its okay auntie Anne can just drop us off kat bay tu sebab mama pun selalu macam tu. Mama nak rush kan takut late to work.

Sedih jugak aku dengar. These kids really look like they crave for attention. But zaman sekarang ni to survive is not easy. So it is really understandable both parents had to work hard for the kid's future.

Private school ain't cheap yo! But I admire their determination to provide to the kids a better opportunity later on in their life.

------

Bulan lepas, the visit to the doctor pun not fruitful. Sampai dia tanya, dalam family ada orang stroke ke? Ada orang smoking ke? Aku cakap, neighbor je. Left and right pulak tu. She said please ask them to stop because this is not helping you. (tetiba pulak diorang ni tukar ke vape la kan before I can even find a way to get their wives to help me out). She asked me to come back again this cycle. Malangnya, this cycle coincide with Aidil Adhha and school holidays. My doctor ni memang akan ambil cuti sama macam her kid's school holidays.

So, next cycle it is.

Still hoping.

Tapi ternyata solat Dhuha itu sangat besar manfaatnya.

Now, the babysitting job dah spread among the suris taman ni and taman sebelah, and requests for home tutoring tiba-tiba bertambah. Time aku post ni pun husband tengah tutor anak jiran for Additional Maths and Physics.

Aku tengah study balik Biology jugak before I start tutoring next week. Another request, budak darjah 3, for English and Maths. Another one, primary 3 Science. All estimated to start next week. Revision for end of year exams.

Satu pintu rezeki tutup, banyak lagi Allah buka. It is up to you to grab the chance.

Amiin, Syukran ya Allah.

xoxo 

Sunday 9 August 2015

Motivation - Inspired by a story told by a stranger

Bismillahirrahmanirrahim

Malam ni ceritanya tak panjang kot. (macam tak mungkin kan sebab aku cakap banyak)

Harini busy sikit. Pagi tadi ada plumber datang rumah untuk fix saluran sinki dapur yang tersumbat. Pastu suruh dia tengokkan jugak pam tandas kat kitchen dan hall atas tu dah kenapa. Rupanya both rosak. So he went out to buy some materials and then came back to fix them. Sejak pukul 11 dan habis pukul 2. Total RM390. Berdesing jugak telinga dibuatnya. But alhamdulillah semua dah settle.

Lepas solat dan bersiap-siap, mula lah nak pergi ziarah kawan buat open house. Sepatutnya ada 4 buah rumah tapi disebabkan kekangan masa, kami cuma mampu visit dua buah sahaja. First house in Puchong. Rumah kak B yang aku rapat since my second job dulu. First impression aku kat dia, dia garang gile. Sebab dulu time aku newbie kat tempat tu dia selalu pandang aku kalau aku keluar pintu utama tapi dia tak pernah senyum. Bila aku dah pindah tempat duduk belakang dia, entah macam mana kitorang jadi rapat gila sampaila sekarang. Huhu. Menu rumah dia ialah soto daging, rendang kuah satay daging, rendang daging dan lemang. Awesome kan? Satu negeri je buat rendang kuah satay ni kat Malaysia so you can cari lah state mana ye and guess her origin. Kawan aku sorang lagi dua kali tambah. Aku makan semua. Fuh! Sedap. Kakak B masak since 9am. Semua dia masak sendiri except lemang la kan. Duduk condo kang bakar lemang, mau free-free smoke alarm bunyi dan kena evacuate. 

Second house pulak di Bukit Jelutong. Dah lepas Asar baru sampai sana. Menu nasi tomato, kuah kari, ayam masak merah, papadom, acar timun, kuah satay, nasi himpit, rendang daging dan desserts. Fuh. Makan lagi. Tapi sikit je la. Kat rumah ni minum teh tarik halia. Sedap. Rasa panas-panas badan dibuatnya. Ni rumah bestfriend husband since high school. So spend time bercerita sikit. Before Maghrib baru balik dan kitorang la guest terakhir.

Al-kisahnya, both houses ni dikunjungi/didiami oleh couples yang ada baby. First house tu, aku sampai je kat pintu, ada baby one of the guest datang dan terus mintak aku dukung. Of course aku takkan lepaskan peluang tu kan. Second house tu pulak, wife dia baru dapat second baby, about 4-5 months old. Adik dia dapat twin boys yang dah nak masuk dua tahun.

On the way drive balik tu, aku tanya husband,
"will we get to have our own child?"

Soalan itu sentiasa bermain di fikiran aku.

Aku elak online FB dan Instagram dah sekarang sebab dah malas nak nampak orang post mengandung lah beranak lah. Sebab kadang-kadang tu memang akan emo. Tipu la tak emo. (sometimes i blame it on my hormones).

Dipendekkan cerita, malam ni sementara husband dah sibuk dengan season EPL baru dia, aku pun temankan dia depan tv sambil on laptop dan baca blog-blog TTCian (Trying-To-Conceive-ians). Most of the time daripada situlah aku dapat kekuatan dengan menyedari, orang lain yang TTC menghadapi cabarang yang lebih hebat, dugaan yang super-duper daripada Allah. But they are still holding on strong. 

One particular story ni she's 35 and has had IVF for 5 cycles. Kamu tahu tak one cycle tu berapa kupang? Sekarang selepas GST, starting je RM12.5k tau. Itu belum termasuk kalau baby tu berjaya melekatkan diri pada dinding rahim mama dia, dan ubat susulan akan diberikan untuk maintain perkembangan/kandungan bayi tu. Jadi dia claim total dia buat IVF untuk baby dia yang pertama (daripada awal protokol sampai kandungan stabil) ialah RM25k. Satu baby, Belum termasuk 5 cycle lepas yang gagal itu. (boleh bayar habis kereta myvi aku).

Kami sedang mencuba lagi. Sometimes it just felt so hard. Kuat sangat animal instinct ini untuk reproduce. Macam-macam teori orang:

1) Ko bela kucing kan, sebab tu takleh ngandung. Kucing kotor kan?
2) Ada gangguan jin kot, ko dah cuba ustaz ni ustaz tu, garam ni pagar rumah, ayat ni ayat itu?
3) Alah takpe, ko kan dah pernah pregnant sekali so nanti adalah tu.

The fact is:

1) No. Ada ustaz yang dah cakap tak boleh cakap gitu sebab Allah tak cipta kucing tu untuk menyusahkan manusia apatah lagi boleh menyumbang kepada kemandulan. Dosa tau!
2) Itu aku tak tahu. I've heard stories tapi kami sekarang tengah cuba je ikhtiar apa-apa kecuali yang memang obviously syirik or benda-benda khurafat. Semoga Allah sentiasa melindungi kami.
3) This is considered a hurtful statement as well. We prefer that you just say be strong and believe in Allah's plans.

Itu je lah.

Puas jugak aku dukung babies tu harini. Sorang tu, muka dia sama macam muka aku time baby. Aku siap tunjuk gambar lagi. Sorang lagi pulak kecik sangat sampai aku risau nak dukung lama sebab neck dia macam tak kuat lagi.

Bottom line is:

Layakkah aku menjadi ibu? If it is fated that I am not, aku redha. Allah knows best.

xoxo


Tuesday 28 July 2015

Susah

Bismillahirrahmanirrahim....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

-------

Susah! 

Hah?

Susah!

Kenapa susah?

Sebab susah lah!

Itu rungutan aku haritu apabila the husband dan aku duduk bersila dalam bilik.

Apa yang susah?

Ha......

Susah sebab......sejam dia drill aku pasal Al-Fatihah aku dan tajwid Al-Quran aku.

(Ops! Mesti korang dah sangka mesti ada gossip panas ni kan? Haha! Tet! Salah. Moral of the story, bersangka baiklah. ok?)

So. 

Just before dia balik daripada office, macam biasala aku akan siap sedia nak solat Asar. Lepas tu ada masa lebih before masak tu bolehlah ngaji tiga empat lima enam page, mana yang mampu. Azamnye nak khatam within the month of Ramadhan jugak walaupun dah ABC (Allah Bagi Cuti) 7 hari. 

The last 10 days tu tak masak sebab nak berbuka di surau perumahan kitorang ni je. So adala masa lebih kan sebab pergi surau pun pukul 7.

So.

Biasanya dia balik lambat sikit. Tapi haritu balik awal dan dia terus naik masuk bilik. Aku tengah halfway ngaji. Dia jenguk page mana surah apa. Aku macam dah nervous dah gagap-gagap. Tersekat-sekat bacaan aku. Lepas tu dia ambik wudhu' dan terus duduk bersila depan aku.

Habislah.

Start dah. Dia cakap perlahan je, jom ngaji sama-sama. OK. Tapi serious nervous. First page aku baca. Banyak jugak yang dia betulkan. Mula-mula tu macam ada potensi nak naik angin. Tapi aku gagahkan diri jugak concentrate. Lepas tu dia pulak sambung next page dan aku check bacaan dia.

Begitulah kami di petang hari. 

Banyak yang dia tegur pasal tajwid. Sejak ngaji dengan ustaz yang mengajar cara bacaan sanad (betul ke aku eja ni). In short cara sebut yang super betul. Memang berbelit lah lidah anak tekak lelangit gigi-gigi gusi dan bibir ni kan.

Tapi aku tak blame dia. Susah sekarang mungkin itu sahajalah tiket kami untuk masuk syurga. Kehidupan dunia di sana yang kekal. Dunia ini sementara.

Post kali ni aku merapu je banyak. Adala flashback sikit.

Teringat lagi time jahiliyah dulu.

Time tu study lagi. Weekend memang kitorang akan keluar pergi town. Bila sampai di shopping complex, makan pastu pergi beli tiket wayang. Tengah tunggu movie nak start tu dan bila dah masuk waktu, mesti dia akan ajak pergi surau. Dan setiap kali tu aku akan ikut jugak. Tapi aku takkan masuk pun untuk solat. Aku akan duduk luar surau dan tunggu dia sambil main handphone. Tak rasa bersalah pun tapi aku selalu rasa macam malu dan segan ngan minah-minah yang bertudung. Selalu aku perhatikan yang bertudung labuh. Tapi lepas tu cepat je syaitan buat aku lalai. Rambut kau cantik. Body kau cantik. Semua orang pandang kau. Kenapa nak sorok semua tu? Show them you're the it girl. Show them your beauty. Make them feel they want to be like you. Make them want the hair that you have. Kuat bisikan syaitan itu.

Itulah aku yang dulu.

----------------------------------------------------------------

Hijabku.

Ini lagi satu cerita menarik. Just a month before tunang, dia tanya soalan cepumas:

"Since kita nak...you know...get serious ni, takde hati ke nak pakai tudung? Confirm cantik!"

Aku senyap je. Jantung aku tersentap sekejap. Bukan pasal phrase confirm cantik tu. Tapi pasal takde hati. Entah kenapa dan entah macam mana, hari itu jadi titik tolak aku untuk berubah. Aku ajak kawan aku dua ekor untuk pergi Masjid Jamek untuk cari tudung. Aku faham bila Catriona Bahrin Rose cakap, sampai satu hari tu, nak keluar rumah tanpa berhijab boleh buat kita jadi rasa resah gelisah bersalah. That was the day for me.

Minggu pertama, aku ingat lagi, February 2012. Aku decide datang office pakai tudung. Since wardobe aku semua tshirt kecik, jeans ketat singkat terangkat, aku decide pakai baju kurung. Rasa comfortable. Rasa safe. Tiada mata liar yang menjamu apa yang syaitan nak aku jamu pada ajnabis luar sana.

Soalan paling pelik yang aku pernah terima ialah:"bila dah nak pakai tudung kene ada official ceremony di masjid/surau ke?" Aku gelak. I said no. Just a change of heart to the better is enough. Dan kenyataan yang paling menggugat hati aku time tu ialah "you nampak tua la pakai tudung. Tak trendy. Rambut you dulu panjang tu kan cantik. Why nak sorok belakang tudung?".

Allahuakbar.

Macam-macam cara syaitan nak kacau hati aku supaya rasa tergugat. Tapi syukur alhamdulillah masih istiqomah sampai sekarang dan masih mahu memperbaiki syarat-syarat berhijab - in compliance with syariah.

Minggu pertama, aku kena migrain teruk. Salah pilih inner tudung kot sebab ketat sangat. My job time tu requires me to keje kat luar. So sangatlah panas dan sangatlah gelisah. Aku rasa movement aku restricted. Aku dapat rasa cara orang pandang aku pun dah lain. Tapi aku kuatkan hati.

Susah?

No. Inconvenient? At first, sebab bertambah sikit masa nak get ready gi keje time pagi or everytime nak keluar rumah (jemur baju, sapu sampah, buang sampah, bagi kucing makan, sign parcel poslaju etc). Lepas tu zas zas zas je siap.

Tapi aku tak pernah menyesal.

I am glad. Sebab diberi kesedaran seawal ni. I am glad, Allah hantar dia untuk jadi catalyst aku berubah kepada kebaikan.

Dia azankan Maghrib. Bergema satu surau dan perumahan ni. Sedap suaranya. Menitis air mata aku. Sebab aku bersyukur. Sangat-sangat bersyukur. Terkejut bila kakak sebelah aku yang baru sahaja habis menyarungkan telekung cakap kat aku,"bagus lah korang berdua ni, muda-muda dah rajin mai surau,"

Tau apa aku jawab?

"Kami dah puas muda kak. Life is too short. Just in case tomorrow never comes,"

Kakak pun senyum. Lalu kami dirikan saf, rapatkan saf.

Imam pun melaungkan Allahuakbar.

Yes, indeed.

Allahuakbar.

xoxo

Thursday 25 June 2015

Sharing this Doa

(Note: I do not take credit to this doa as I got it from Facebook and have forgotten the person who posted it. Nevertheless, sometimes a doa in a language that you can understand is very powerful because you will say it from the bottom of your heart and in all humbleness)

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Dalam dakapan Ramadhan yang suci ini, dengan rasa rendah diri ini, kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu ya Allah.

Semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya Alim

Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar daripada semua masalah yang membelenggu kami, bukanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu.

Ya Allah, takdirkanlah yang baik-baik untuk diri kami. Janganlah Engkau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui. Bukakanlah pintu-pintu rahmatMu untuk kami ya Allah.

Ya Allah Rabbul Jalil

Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik, supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu ya Allah. 

Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat kepadaMu bila ditimpa sakit.
Kami lupa kepadaMu ketika senang, kami ingat kepadaMu bila datang kesusahan.
Kami lupa kepadaMu disaat kami gembira, kami ingat kepadaMu ketika sedih dan kecewa,
Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sudah tua.

Justeru, Ya Allah,
ampunilah semua dosa kami
berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatiMu ya Allah.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami
Setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami, Kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurgaMu ya Allah.

Ya Rahman, 
Pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kepada keluarga kami, Kau gantilah dengan keampunan yang membawanya ke syurgaMu ya Allah. 

Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. 
Bahkan,
terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempidan
Sedangkan,
kami berada dalam kesenangan dan kemewahan

Justeru,
kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu ya Allah.

Ya Allah,
Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-guru kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh. Golongkanlah mereka dalam orang-orang yang Engkau redhai. Apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMu, maka Kau ambillah kami dalam keadaan yang baik-baik, dalam keampunan dan rahmatMu ya Allah.

Ya Allah Ya Aziz,
Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram. Hiasilah hati kami dengan sifat bertanggungjawab. Kau jauhkanlah daripada kami sifat 'ujub, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid Ya Rahman Ya Rahim
Jika ada dikalangan kami, mereka yang diuji dengan kesusahan, maka Kau bantulah mereka. Permudahkanlah urusan mereka.
Jika ada di kalangan kami, mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka.
Jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka dan cukupkanlah keperluan mereka.
JIka ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka Kau sembuhkanlah mereka ya Allah, agar dapat beribadah bersama kami.
Jika ada di kalangan kami mereka yang derhaka kepada ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka Kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak-anak yang taat dan berbakti.
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar dan Mengasihani.

Ya Allah Ya Malikal Mulk
Ya Razaj Ya Fattahu Ya Alim

Kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat denganMU. Sebaliknya janganlah Engkau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaanMu.

Ya Allah
Bantulah kami dalam menjalankan urusan agama kami. Elokkanlah urusan dunia kami yang padanya tempat kami mencari kehidupan. 
Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya. 
Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami daripada segala kejahatan.
Sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan jiwa yang tenang.

Ya Allah Ya Zaljalali wal ikram

Ya Allah
Janganlah Engkau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhi buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang.
Tetapi,
andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikanlah puasa kami sebagai puasa yang Engkau rahmati, jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangMu ya Allah..
Jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami ya Allah. Temukanlah kami dengan lailatul Qadar

Ya Allah
terimalah amalam kami
Terimalah taubah kami
Ampunkanlah segala dosa kami
Amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi
Kurniakanlah kepada kami syurgaMu yang luas nikmatnya

Amin

Saturday 20 June 2015

Because It's Ramadhan!

Bismillahirrahmanirrahim.

I will not take credit for this post as I got it from a friend's Facebook (Azura Abd Aziz).

Later I found out that the content comes from Nouman Ali Khan's video, "Ramadhan - A Gift to Muslims".

The reason I chose this as one of my many posts is I want to be able to read it again and again later and also to share it with you.

Many of us Muslims, think Ramadhan is a great way to lose weight, a month full of heavy iftars or even a month that has to be filled with exhausting tarawih prayers, but no, it isn't.

Ramadhan acts like a training programme for us. When you fast, you abstain yourself from food and drink (a form of physical exercise) and develop something spiritual in return.

How?

Your body is basically battling with your heart.

Every single time you hear your stomach growling, it is the heart that tells you to be patient; and every single day in Ramadhan, your heart wins. 

And what lies in the true heart of a true believer? 

It is TAQWA.

How great is is when Allah subhanahuwata'ala gives you the opportunity every year to develop a consciousness of Allah in Ramadhan and even locks up the shaaitan for us to get good training?

MashaAllah.

If the shaaitan was out, we wouldn't last up to a week with this fasting and our hearts might never win. Ramadhan can even help the non-practising muslims to go through the other battles (addiction to entertainment, improper conversation on social media, etc.). If one of your friends asked you out to a wild party, you must have said "Bro, it's Ramadhan. Come back to me after 30 days,".

Because it's Ramadhan!

But above all, what does Allah readlly mention repetitively in the Quran? There it is again, TAQWA.
Why does he talk about taqwa over 200 times in the Quran but mentions only once about fasting in the al-Baqarah?

It's because we always fail to seek and develop that Taqwa in ourselves when we were given this perfect opportunity and beautiful month called Ramadhan.

Your heart always need a refresher every year because it always slips away from the path that it is supposed to be headed to. Allah does not want hardship for you, He wants ease for you. Some of you must be wondering how is it that Allah cares for you when He asks you to starve for A MONTH?

Well my dear friends, that ease he's talking about is the guidance that He promises you. And that guidance that He promises you comes from the taqwa that we're supposed to find in our hearts.

So, my dear friends, can this change your perception towards a difficult Ramadhan?

Not so difficult now, isn't it?

xoxo

Wednesday 17 June 2015

Salam Ramadhan 1436H

Bismillahirrahmanirrahim...

Hello! Malam ni dah start dah another chapter for this year. Ramadhan is here.

Pendek je post ni.

Reminder untuk diri sendiri:
"when you lose alot, that was when you realized that you already have alot,"

Agak tersentap jugak bila otak ni sendiri yang terfikirkan ayat diatas tu.

Nangis lah sikit lepas solat tadi. Sebak sangat. Tahun lepas, banyak sangat dugaan yang aku lalui. Walaupun pahit/perit, tapi aku bersyukur sebab bila semua insiden-insiden tu terjadi, aku rasa insaf. Aku rasa, ni mesti sebab ada kekurangan ibadat mana-mana. So I stepped it up. Then masih jugak lagi ada yang sedih-sedih terjadi.

So I thought, Allah is testing us all. He will give the most difficult battle to His strongest soldier. I hope I am strong enough to go through it.

I pray that my faith in Him will grow stronger each day. Just like the salmons who swim upstream against the strong current just to lay their eggs. That is how determined I want to be.

Mudahan kita dapat melalui Ramadhan yang penuh barakah dengan tenang dan berlipat ganda amal ibadat.

Apa target anda Ramadhan kali ini? :)

xoxo

Tuesday 16 June 2015

Thanks for the memories, Gold Coast (Part 2: The Journey Begins)

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Okay. Hari ni ada masa terluang sikit. Habis dah vacuum satu rumah dan mop. Kita dah start countdown untuk Ramadhan kan? Cepat betul masa berlalu ye? Mudahan Ramadhan kali ini kita lebih istiqomah dalam beribadat, lillahita'ala.

Jom sambung cerita pasal trip Gold Coast yang dah lama terbengkalai ni. (sorry korang!)

-------------------

29 JANUARY 2015 (Thursday)

So, sampailah hari untuk fly tu, flight kitorang malam tau. Gerak dari rumah petang and then had early dinner. Texas Chicken (yes I know you're thinking of the recent controversy which I think is ridiculous by the way *facepalm laju2*). Flight at 10 pm from KLIA2-OOL (Coolangatta Airport a.k.a Gold Coast Airport). ETA lebih kurang pukul 6 am local time.

This is the first time we're flying out of the country together. All the while we had short honeymoon trips within the country. So after 2+ years of recovering from our wedding reception (we're talking about ka-ching here), we've decided this will be a romantic getaway, and thus, let's splurge!

Taxi : macam biasa, we love using the MyTaxi app (now known as Grab A Taxi). You can download this app from Playstore or Appstore. Easy to use. Straight forward. Just make sure you give an accurate address. The driver might call you to confirm location but all else is good. You can also leave a comment on their service after on the app. According to the husband, drivers who got bad review will be kicked out of the taxi app group. Took us only 20 minutes to the airport. Yeah, he was that fast.

A little bit about KLIA2 Airport. Super huge. After dinner, we walked pass the first immigration checkpoint. The direction board says it will take us about 40 minutes walk to our departure gate. (they're not kidding). Passport checkout was super fast too as it was done electronically and you just step into the booth and follow instruction on the screen. We passed by a row of free duty shops and decided to stop for prayer. One last phone call to my parents before the long flight.

Yes the walk was 40 minutes. I had to catch my breath and we took a toilet break halfway after the second immigration checkpoint. All liquids is not allowed to pass through so I gulped down the whole bottle not wanting to waste any.

The flight journey was ok I guess. We got middle aisle and I have a quiet Australian lady on my right. For the long flight we packed light blankets and neck pillows. Blankets purchased at IKEA at RM9 and neck pillows from DAISO at RM10 each. I read for the first two hours and then decided to sleep. Lights out except for reading lights. Reading: For One More Day by Mitch Albom.

It was almost a year since the Malaysia Airlines MH17 flight disappeared from the radar. To be honest I was a little nervous about the flight. Weather forecast showed good weather ahead. Asked for friends and family to say a prayer that we go and come back safely.

30 JANUARY 2015 (Friday)
I woke up to the sound of the captain's voice. Window seat passengers started to roll up the window shades. Sun began shining in. Wow. That was fast. Australia - Gold Coast is about 2 hours ahead of Malaysia (no jetlag there). I decided to freshen up in the toilet. Need to move them legs after sleeping in a sitting position for  6 hours. I remembered sliding off my seat and subconsciously corrected my posture a few times throughout the night. Before disembarking the plane, there was an announcement about bringing in plants/animals/restricted items into Australia. There was an Ebola breakout during our trip there so upon landing, the flight attendants sprayed insecticides? all over the plane. Then another team came in and just quickly use infrared scanners to check everyone's temperature. The ones with cough/flu will probably be escorted to a holding room for further checks.

Good morning Gold Coast. I was still a little groggy. Picture taken at the airport's car rental parking bay.


The husband rented from Hertz. Arrangement all done when we were back in KL. Before you leave the airport, do stop by a convenience store at the other end of the airport to purchase OPUS SIMcard with free internet. The reception is good and the internet is fast. SIMcard comes in micro (for most Android users) and nano (for Apple people, woot!)

A Toyota Corolla hatchback for only AUD30/day.
Australia is right-hand driving so shouldn't be a problem ya? Did a quick check on the car (be sure to capture photos of any dent/mark on the car). Waze was super helpful (I say super alot don't I?) Along the way we dropped by Robina Town Center for lunch. For Halal food restaurant list, you can use this website: http://www.halalsquare.com.au/gold-coast/ . I stopped by at an Apple Store just to borrow their SIMcard tray pin because I forgot to bring mine. Off we go to the hotel!

The drive from airport (Coolangatta) to Broadbeach. Can't remember which highway was this though.

Here we are. You can view the room from any website online like booking.com, etc.
The view from our balcony on 27th floor. Pacific Ocean for the win baby!
Oh! Don't forget to buy the power socket adaptor. They use a different type of 3-pin sockets. I got them at Ace Hardware for RM20?
Had our afternoon nap and then out for dinner.

Of course I have to have rice. Else I die. (kidding). This was Curry Express, I think, right in the centre of Surfers Paradise on Clifford Street.


Took a walk through the night market along Surfers Paradise beach. Was tempted to buy handmade candle.
Cool breeze from the Pacifics. I just love being at the beach!

The night was uneventful. 
The first night was a pretty laidback day for us. Stopped by at Coles to pick up some fruits, bread, and drinks. It was halfway through summer when we were there. (the initial flight was during fall, sobs). Even if it is windy and slightly chilly, just remember to stay hydrated as if you're back in the tropics.

Sebenarnya ada la jugak interesting thing happened. Time parking kereta kat tepi jalan tu and isi coins dalam machine dia, husband ada cerita nanti kat pantai we might bump into the Parking Angels. Diorang ni minah-minah yang dress *coughs* minimally and kerja diorang ni tolong isikan coin kat parking orang supaya tak kena saman. Huhu. Tapi tak ambik gambar diorang sebab... aurat... Tapi sexy la. Hahaha!

We decided to call it a night and head back to Broadbeach. Surfers Paradise ni a little drive up north je. Helpful jugak sini after working hours dah sunyi dah so takde traffic jam pun. Oh, since kedai semua tutup awal, most restaurants tutup pukul 9 some sampai 12, mostly lepas tu tinggal bars and pubs je. Takkan nak duduk situ pulak kan? So makan awal. Tapi tengah malam macam biasa lah lapar lagi. So beli lah roti! Bila beli roti tu bolehlah cari roti halal macam ni : Nina Hamdan Blog , ada gambar sekali kat blog dia. Credit to her so I decided to post je blog address dia sini.


To be continued...

xoxo

Tuesday 19 May 2015

Ikhlas dalam perniagaan

Assalamualaikum!

Semalam, I diberi peluang untuk jadi proxy for a friend to attend a hearing of his case on claims for late vacant possession (VP) of his condo di Selayang. Since he is out of the country, other friends are working, and ding ding siapa lagi yang free tak buat apa kalau bukan I kan? I agreed. I do not know what to expect but it would be an interesting experience kot.

Sunday night tu dia dah call all the way from UK untuk brief pasal documents and dia sebenarnya nak buat settlement je sebab kalau hearing semalam tu masih lagi ada bantahan nanti kes tu drag sampai High Court. Malas la kan sebab dia jauh and he wants the house to be ready when dia and wife balik dari UK.

How did this hearing came into place? Macam ni:

In 2011 he bought an apartment. Expected completion tu supposedly last year la in September. But, he finally got the VP in November. According to the Sales and Purchase Agreement (SPA), developer akan bayar amount untuk delays ni. Jadi si kawan ni pun isi lah borang dan submit di Tributanl Tuntutan Pembeli Rumah di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pengiraan untuk claims ni senang je sebab ikut apa yang kita dah agree dalam SPA. Cuma, aku ada soalan la kenapa yang dia claim tu, dia kira harga dalam SPA as base, tetapi surat respon daripada developer tu pakai discounted price as base. So ada la kurang ratus-ratus jugak.

Fast forward, semalam pagi aku gerak lambat la pulak sebab macam pening dan susah nak bangun. Sampai Kementerian Perumahan tu pulak 9am sharp! Memang berlari-lari anak la naik tangga, register kat reception pastu kejar lif nak naik tingkat 4. 

Sampai sana, sunyi je dan ada 3 orang encik duduk di waiting area. Aku ni memang kurang malu jadi aku tanya je la diorang developer atau pembeli. All 3 of them pembeli. Jadi start la borak. Rupanya kes diorang lagi parah daripada kes kawan aku. Beli apartment kat Port Dickson. Patutnya siap tahun 2007. Tapi sampai sekarang pun masih belum dapat VP tu tadi. Yang aku kesian sangat, diorang ni tentera. Orang yang berkhidmat untuk negara. Beli apartment low cost je around RM50k? Diorang pakai LTAT. Macam EPF la tapi untuk tentera. Sekarang ni loan tu dah nak bayar habis dah tapi tak dapat pindah rumah lagi. Gaji every month dah potong. Yang parah lagi, diorang masih menyewa. Extra cost la for them di situ kan? Tak pulak aku tanya kenapa diorang ni tak dapat penempatan dalam kem tentera.

But the point is kenapa la pemaju ni buat macam ni. Kes diorang ni complicated sebab kononnya pemaju tu bertukar. Pemaju lama muflis. Aku sempat la duduk dalam session pertama dan kedua sebab sebutan kes aku yang ketiga.

Setting bilik hearing tu ada la ala-ala courtroom betul. Bezanya takde lawyers la. Yang ada cuma the President (what they called the judge there) dan assistant dia yang tugas untuk catat minit hearing. First case dan second case tu dengan developer sama, penuntut berbeza. Memang bergaduh la jugak sebab developer tu baidap jugak sampai President pun tinggikan suara. President tu pompuan dan memang otai gile.

Time nak tunggu start awal-awal tu, developer yang biadap ni baru je sampai and dia nampak penuntut dua orang ni, dia approach diorang dan gertak "ha, nak tuntut apa lagi?". Diorang jawabla "nak tuntut hak kami la Dato'," Developer tu pulak dengan selambanya gertak lagi "Ha, tuntutla! Tuntut semua!" Pastu dengan angkuhnya berjalan dan duduk jauh sikit daripada kitorang. Haih. Stress jugak ada manusia macam ni ye? Dahla ambik duit orang. Nak berlagak pulak tu.

Dalam hearing tu, judge menangkan penuntut sebab memang developer kene bayar gantirugi sebab lambat serah kunci, total ada la RM30,000. Sebutan kedua yang diorang kalah tu pasal developer konon dah bayar duit kat lawyer untuk SPA tapi lawyer cakap tak bayar pun dan dipecat begitu sahaja. Duit yang developer pakai untuk "bayar lawyer" tu pulak duit yang dia mintak daripada pembeli rumah. Sebutan kedua ni penuntut (pembeli rumah) kalah sebab... tak cukup bukti. Tapi tak apa lah. Janji diorang dapat jugak pampasan yang sepatutnya tu.

Kes aku pulak settle cepat sebab hearing pertama dulu dah ada mutual agreement for a price. Kurang daripada apa yang sepatutnya dapat dituntut tapi since kawan aku tak nak drag lama, makanya aku diberi mandat untuk accept price yang dah set tu. Hearing aku 5 minit je. President cakap your friend is smart. Take the money and move on with life.

Aku tak tahu lah apa nasib penuntut yang tadi tu. Pemaju biadap tu diberi 30 hari untuk bayar RM30k tu. Tapi diorang cakap diorang doubt he will pay. Before sesi aku start pun developer biadap tu siap tanya President lagi macam mana kalau dia tak nak bayar tapi nak appeal High Court? President tu buat muka "are you kidding me" and said bayar jela duit hak orang instead of bazir duit hire lawyer dan bazir masa stress pasal benda ni. 

Developer biadap tu siap cakap lagi company dia memang dah takde duit, negative. Terlopong aku dengar. Tapi terlopong dalam hati la sebab kne jaga air muka depan President. 

I learned alot hari tu. Nak beli apa-apa ni sila lah baca. Jangan dok sign je apa-apa agreement tanpa memahami implikasi kalau terjadi apa-apa. Kalau ada kawan yang lawyer tu janganla malu bertanya atau buatlah research online. Jadilah pengguna yang membuat "informed decision". 

Another lesson is always be honest. Janganla nak menipu nak ambik duit orang ni segala. Tak berkat hidup.

What is happening to the world?

No xoxo harini sebab masih sakit hati pasal ni.

Thursday 30 April 2015

Dewan Nikah???

Alkisahnya,

Hari ni bestfriend husband akad nikah di Masjid Al-Azim, Kampung Pandan. Kitorang dah sampai sharp at 9am la kan and rumah kitorang jauh. Rasa seronok bila tengok masjid ni meriah dengan aktiviti. Ada ramai pasangan pengantin yang tengah tunggu nak akad nikah/dah sudah selamat akad nikah, ada bazaar dan ada kuliah/ceramah agama.

Bila dah sampai tu tak nampak pulak kelibat kawan husband ni. Khemah di perkarangan masjid pulak ada dua, satu pink satu lagi biru. Dah lah kitorang salah masuk lorong untuk pergi parking bay. Siap ada sorang makcik ni marah sebab takut kitorang ambik parking spot dia sedangkan kitorang ke tepi sikit je sebab nak bagi dia lalu dulu. 

Tunggu punya tunggu, finally nampak kelibat ayah pengantin lelaki. Itu pun sebab husband dah gelisah bila di call pengantin lelaki tadi tak jawab. Whatsapp pun last seen pukul 8am tadi.

Rupanya diorang dah selamat dinikahkan dalam Dewan Nikah. Ada rupanya bilik khas ye? So ter miss lah upacara penting sebab pengantin lelaki tu bestfriend husband sejak zaman muda mudi lagi. 

Awal pagi tadi time sampai, kitorang nampak ada pengantin-pengantin lain juga yang akad nikah di ruang solat utama. Ingatkan buat kat situ la kot. Rupanya tidak. Bukan rezeki lah kot nak tengok akad nikah diorang. Tengok video je lah nanti.

Dua bulan lagi wedding anniversary kitorang yang ketiga, in shaa Allah. Nak plan surprise apa ya untuk husband? 


Inai art on my wedding day, 3 years ago.

Wedding anniversary husband dan kawan-kawannya semua rapat-rapat. 

S&H : 16/7/2011
F&E : 5/5/2012
R&A : 7/7/2012 (kitorang la ni)
N&A : 14/3/2014
E&A : 1/5/2015
I&U : 6/6/2015 (ni coming soon)

Yang 6/6 ni nanti akad nikah di Machang, Kelantan. Husband tengah tengok tiket sebab kalau musim cuti sekolah ni mahal sikit. We'll see. 



Oh look what came in the mailbox today?
Ada wedding invitation daripada kawan di Sabah. Handmade card ok? Thank you korang. Kitorang diminta ambil selfie dengan kad kahwin diorang nanti untuk di print dalam wedding album. Tak tahulah dapat attend tak wedding ni. Boleh tahan lama bercinta jugak diorang ni. Rasanya dah minat-minat sejak matrikulasi dulu. Alhamdulillah. Kita doakan yang baik-baik aja untuk mereka ya?

Xoxo

Anne's Grilled Chicken Salad

Hello!

Kempen makan sihat lagi. Malam ni menu simple saja tapi kenyang. Tunjuk gambar dulu kemudian resipi nya. Ok?


Ingredients

1. Grilled Chicken
200 gram of chicken meat (part of your choice. I chose breast)
A pinch of salt
A pinch of black pepper
Tumeric powder to taste
Chilli powder to taste
One tablespoon of olive oil

2. Salad
Cameron salad/Romaine/Butterhead/Coral
Red and green bell peppers
Red onion
Tomato
Lime juice

Steps:

1. Make sure chicken is fully defrosted.
2. Massage salt, pepper, tumeric powder, chilli powder and olive oil onto chicken.
3. Let it sit for 10 minutes.
4. Heat in oven at 220degree Celcius, 20-25 minutes depending on thickness of chicken meat.

For the salad, chop chop everything, stash in a bowl, sprinkle black pepper and a few drops of lemon juice.

Voila! 

Let's eat for health.

Xoxo

Wednesday 29 April 2015

Little Success!

Nak kongsi sikit. Kejayaan hari ini. 

Misi kami starting from earlier this month is to start eating healthy and live a healthy life. So we changed our diets and also try to workout as much as possible. Him trying to get fit and me trying to gain weight. (Susah betul. Dah 3 tahun berat badan macam ni je walaupun melahap banyak. Maybe I should check in case thyroid ada masalah. I hope not) 

We started off with ditching the salt. I memang suka makan yang masin-masin ni tapi tak elok lah kan. So must cut down and introduce healthy food.

Husband pulak since dah rajin workout ni, immediately after confirm lapar gila since energy dah burn banyak kan. He requested Granola Bars. Ai mami. Tak pandai plak nak buat. Google punya google then dengan resipi yang kawan dia bagi, dapatlah buat yang simple je with minimal ingredients. Nak yang hebat boleh tapi kekacang agak mahal la jugak.

Anyways, ni resepi yang paling mudah. The measurements tu tak dapat nak cakap sebab ikut total kuantiti yang korang nak kan. 

Ingredients:
3-4 tablespoon of peanut butter (smooth)
3-4 tablespoon of honey (organic)
150 grams of raisins
200 grams of rolled oats (oat yang masih shape asal dia bukan yang hancur untuk buat minuman tu)

Instructions:
Campak je semua masuk dalam bowl then uli pakai spoon. Haha! Ganas pulak. 

But but but you can start slow. Kalau peanut butter tu melekit sangat, bolehlah cairkan sikit dulu dalam microwave/atas stove. Pastu baru tuang dalam bowl tadi. U need as much binding agents as possible (honey+peanut butter) tapi jangan banyak sangat sebab nanti too sweet. Raisins pun dah sangat sweet.

The consistency that you need to go for is just to the point where it will not crumble easily when you try to roll it into a ball.

Next, masukkan the mix tadi tu in a container of your choice. Flatten it with the back of your spoon. Thickness pulak will be of your preference. Jangan nipis sangat nanti crumble, jangan tebal sangat nanti overdose. (Kidding!) betul, nanti terlebih makan pulak. 

Once done, leave it in the freezer for about 24-hours. Bila dah siap tu potong kecik-kecik jadi macam bars. 

Mudah kan? 

Nak tunjuk gambar sikit. 

Ni bila dah flatten kan dalam container. Notice that I lined it with ClingWrap supaya senang nak keluarkan nanti.

And this ladies and gentlemen, is the finished product. Bolehlah potong dan simpan untuk makan. Satu hari satu bar je tau untuk snacking. Boleh alaskan dengan greaseproof paper supaya bars yang dah dipotong tadi tak melekat antara satu sama lain.

Selamat mencuba! 

Xoxo

Monday 27 April 2015

Thanks for the Memories, Gold Coast! (Part 1: Preparation)

Bismillahirrahmanirrahim.

This is the long overdue post for our trip to Gold Coast (GC) in February 2015. Enjoy!

Ceritanya begini.

One morning in 2014 (dah tak ingat bulan apa), I woke up seeing husband smiling at me. Nice view la kan. Berbunga je hati ni. Haha! He told me that dia dah beli tike pergi GC semalam time I dah tido.  I tanya why didn't he wake me up. Dia cakap takpelah. Nak buat surprise.

The ticket was from AirAsia's yearly big sale and the travel period will be a year away - February 2015. Lamanya lagi! Tapi takpelah. Boleh kumpul duit dulu supaya tak payah nak berbajet-bajet sangat nanti time bercuti, kan? Pening sebenarnya nak shopping/berjalan kalau asyik fikir pasal currency exchange ni. Kalau visit countries yang currency dia weak confirmla rasa kaya tapi kalau sebaliknya, susahlah sikit sebab nanti tak enjoy.

In 2014, tiba-tiba plan berubah lah pulak kan sebab pregnant la pulak! Estimated due date (EDD) time tu memang ngam-ngam during the week after we were supposed to return from GC. Tapi, kalau awal seminggu atau lewat seminggu pun it will not make any difference sebab bila dah 8 months pregnant confirm dah mengah and doctor dah tak bagi fly kan? So we thought takpelah. Burn je lah ticket tu. Tak mahal pun. For two person on return flight tickets total semua RM1600 je.

Then miscarriage lah pulak (aku rasa tak payah sugarcoat kot, past is past kan?). So the plan is back on.

Tapi ada lagi satu surprise. Sister-in-law (SIL-husband's only sister) decide nak kahwin. Bila? Yes! If korang dapat teka, memang story ni predictable. Hehe! Of course la pulak diorang terpilih tarikh yang kitorang supposed to fly to GC tu la kan?

Bincang punya bincang, husband dah tak nak delay lagi dah, so we bought another ticket (terpaksa la menanggung kerugian sikit but hey, this is meant to happen kan?), and brought forward the travelling date. Time SIL announce tu dah October/November, I think? Tanpa berlengah, husband beli tiket on the earliest possible that he can get, and that's in January. Alamak! Banyak stuffs nak kene arrange nih. Reason that he chose January sebab time tu projects masih slow and he can get away from the office lama sikit.

So, mungkin post kali ni kita cerita pasal preparation nak ke GC la ye?

PASSPORT RENEWAL
Passport kitorang dah nak expired dah and for us to obtain the Electronic Travel Authorization (ETA) tu requires a valid visa because all information will be linked to our passports. Prepare a credit card sebab nanti nak buat payment and it will only cost you AUD$20. Nak suruh agent buat boleh jugak but I can't remember berapa.  (Oh, jangan lupa check anda blacklisted tak untuk travel abroad - read: tak bayar PTPTN and blacklisted).

Nak apply for ETA: Please check this link.

Macam ni la rupa pengesahan daripada Jabatan Imigresen nanti.



ETA tu nanti tak payah print pun but boleh jugak simpan just in case. Sebab all information should be available dah when they scan your passport. Passport Malaysia ni canggih jugak sebenarnya. Nak tengok ranking safety passport-passport di dunia boleh tengok sini.

ITINERARY
For activities, kitorang mintak je itinerary from friends yang dah pernah travel to GC ni. When you compare to what travel agents are offering, lebih kurang sama je the visits to all tourist attractions. Bezanya, anda lebih bebas memilih aktiviti. Yang paling penting, pengalaman kitorang pergi one of the parks, terlampau ramai sangat orang dalam satu tour group sampai ada yang merungut tak tengok habis lagi tapi tour guide dah tiup wisel panggil suruh gerak.

TICKETS TO PARKS
So, apa benda yang best kat GC? Of course lah it is famous for its theme parks! Jangan lupa check online for best offers. Some ada package untuk all 3 theme parks yang famous tu (Wet'n'Wild, MovieWorld, SeaWorld). Others macam Currumbin Wildlife Park, Paradise Country Farm, climb up Q1 tu korang boleh beli on the spot. Tak mahal pun.

Website untuk beli tickets: Please check this link.

FLIGHT TICKETS
Yang ni, ada kerugian sikitla sebab terpaksa beli entirely new flight tickets which costs us additional RM1500. Nangis sikit di situ. Reminder ye: jangan terlalu di brainwash oleh low-cost carrier offers. Kadang-kadang national carrier boleh je ada superb offers that you might miss! Read: check la airline lain jugak jangan gopoh okays.

ACCOMODATION
Yang ni kitorang taklah memilih sangat sebab husband cakap since it is our first trip overseas, nak honeymoon special sikit. So he gave me a list of hotels yang dia dah usha awal-awal (semangat sungguh dia ni), so that I can screen them using TripAdvisor. We decided that we would like a cozy apartment-hotel-ish place to stay with the best view of the Pacific Ocean. So we narrowed down to two hotels. Husband cakap let's stay in one for a couple of days and then move to the other one, saje-saje nak tukar angin. Meriton Serviced Apartment on Broadbeach was our first place. Nanti boleh tengok gambar. Then we moved to Soul on Surfers Paradise. Initially I wanted to stay on Q1 supaya nanti boleh climb up - husband gayat + faktor cuaca + faktor harga = in the end tak jadi lah pulak.

CREDIT CARD LIMIT
Yang ni penting jugak in case nanti nak pakai untuk hotels / fine dinings or even shopping ke kan? Mine tak boleh nak increase to the amount that I wanted. Additional 50% je from the current limit. Hmm. Okaylah, peringatan untuk beringat bila berbelanja. Nak uruskan, senang je, call your respective credit card establishments and the request can be done over the phone. Approvals will not take more than 24hours rasanya.

MONEY EXCHANGE
Kitorang decide perlu jugak ada duit sikit untuk emergency kan instead of depend on credit cards je. I went to IOI City Mall's money exchange booths. The rates are ok la. 2.9 at that time. Remember to get them to break it into smaller change.

INSURANCE
Please understand what type of insurance do you have or what does the insurance that you have bough from your airlines cover? On board sahaja atau onboard, on-land coverage. Kalau hospitalization, sampai berapa? Kalau lost baggages, berapa? What are the procedures? Important contact numbers saved on the phone. Penting ni sebab malang tak berbau. In your travel plans please also ensure you know where is the nearest hospital/medical facilities/police station/embassy contacts ye?

Hmm... Apa lagi ye?

IMMUNIZATION
Check if you need to be cleared off from any particular sickness/diseases or require jabs before entering a country. Countries like Australia is very strict on this including dalam flight nanti mesti ada announcement pasal the offence of bringing in any plant/animal which can introduce diseases into the continent. Iyelah, Australia continent yang besar. Kalau terbawak masuk virus terus habis pupus haiwan dan tumbuhan diorang, siapa nak bertanggungjawab?

Website such as this: Please check this link.

Yang penting, jaga kesihatan. Tak mahu la time travel nanti sakit ye tak? :)

Teringat pulak dua tahun lepas travel ke Thailand. Seminggu lagi nak pergi baru ada budak sound kenapa korang tak ambik lagi jabs tu before fly? (suntikan tu perlu ambik dua minggu sebelum travel). Tak tahu pun ada protokol gitu. Balik je dari Thailand, memang demam habis la sakit tekak bagai. I got cough and flu since Aug 2013-March2014. Sampai jumpa dua specialist, satu ENT and satu lagi Respiratory Physician sebab diorang dah suspect Tuberculosis. Na'uzubillahiminzalik. In the end they agrees it was only acute bronchitis, sent me home with inhalers dan ubat lain. Alhamdulillah sekarang dah sembuh. Tahun bersejarah jugak sebab first time pakai nebulizer kat klinik sampai nak tertido.

Kita sambung lagi nanti.

Wednesday 22 April 2015

How I Met My Husband

Disclaimer: Post ni super panjang. Kalau rajin baca go ahead. :P

Aha! Hehehe. Dah lama menyepi kan? Adalah tu cerita dia. Ulang-alik somewhere and tiba-tiba ramai pulak yang datang visiting so jadilah driver bertauliah. Ada hikmah jugak quit keje hari tu. Bila ada orang mintak tolong, bolehlah bantu sebab banyak masa terluang. Tapi tapi tapi, lately ni doctor suruh duduk dirumah aja, berehat katanya. Okaylah. Tapi (lagi) sakit mata la tengok habuk. Cerdas dan tangkas sungguh labah-labah kat rumah ni buat sarang. Sejak jalan belakang rumah tu open for public use, bila bukak tingkap dapur je banyak habuk masuk. Memang kene sapu hari-hari. Kalau tak bukak nanti air circulation dalam rumah tak elok pulak kan. Takpe. Kita sapu slow-slow takat mana yang mampu.

Banyak pulak komplen ye? Hehe.

Jom korek balik kenangan lama.

Bukan apa, tidak ada niat nak menunjuk, cumanya suka bercerita dan berkongsi pengalaman. Sebabnye bila orang tanya aku orang mana dan husband asal mana, soalannya: jauhnye.

Macam mana jumpa?

Ceritanya begini.....

Flashback jauh sikit ye.

Lepas habis Tingkatan 5, aku ada hati nak sambung matrikulasi. Daddy memang bengang habis la sebab dia nak aku stay dekat and sambung Tingkatan 6 je. Aku cakap kalau Sains susah lah. Please let me go because kat sana nanti ada exposure baru. Dahlah dulu lepas Tingkatan 3 tak bagi tukar sekolah (result PMR cantik), takkan kali ni nak larang lagi? (remaja ye. memang melawan. mudahan anak kitorang nanti senang sikit jaga. amiin)

Hari yang aku mintak Daddy sign borang matrikulasi tu, mata Daddy tak berganjak pun dari tv ok. Aku pun duduk je kat lantai depan dia, letak borang tu atas coffee table and tunggu dia sign. Bila azan Maghrib dah berkumandang, baru dia off tv, dia ambik borang tu dan sign, pastu masuk bilik. He didn't even utter a single word. Berapa lama aku duduk situ pun aku tak ingat tapi boleh tahan keras kepala jugak aku ni, kan?

So I got what I wanted. I spent a year in Labuan Matriculation College. Seronok! First time kot keluar dari rumah. Alhamdulillah pandai la jugak uruskan diri walaupun banyak tiru/belajar daripada budak-budak yang dah biasa duduk asrama. Budak bilik aku time tu semua budak day-school. So semua pun pakat ajar each other kalau dapat tips baru utk jemur kain, bajet groceries, kemas baju sendiri dalam almari, packing barang etc etc.

After that, sampai lagi masa untuk pilih nak mohon universiti mana. Of course lah universiti tempatan kan sebab itulah yang termampu. Sekali lagi...sekali lagi aku gaduh dengan Daddy. Dia nak jugak aku ikut jejak langkah kakak aku (dulu dia Tingkatan 6 pastu further her studies in UM reading Law). Aku cakap kamon la kan, budak Sains nak buat Law? Aku serious tak minat. Please jangan paksa. I wanted to be a doctor. Tapi tak cukup pandai so aku downgrade nak jadi nurse (still stay in medicine field). Influence ni datang sebab aku ni dari kecik dah selalu ada kes istimewa bila masuk hospital. Itu kita cerita next time. Gaduh punya gaduh, I gave in.

Bila nak isi borang UPU tu, ada 8 pilihan. Boleh-boleh pilihan 1-3 aku adalah yang paling pelik. 1)UM-Law?, 2) UIA-Law??? 3)Aku tak ingat jugak tapi Law jugak rasanya. Sungguhlah sesat. Time isi UPU tu, that year it was conducted online. My mentor-lecturer kat college tanya, kenapa pilihan awak ni macam ni? I had to tell him it was my father's wish. Ikutkan jela. Seterusnya, 4) Unimas-Nursing. 5) UMS- Geologi. Yang lain hujung-hujung tu aku tak ingat sangat. I know one of them was Physiology though.

Kenapa Geologi sesat situ? Sebabnya, time kat matrikulasi pun, result aku jatuh merundum. Entahlah, aku ni tak pandai belajar ke atau tak pandai jawab soalan exam. Time scroll through choices tu (aku ingat lagi time tu pergi town and duduk kat cc supaya aku sorang and boleh fikir dengan waras), ternampak course ni. My dad memang keje oil and gas and he was a mud engineer dulu. Dari kecik I was told of stories about working offshores bagai. Antara gambar pertama aku time kecik ialah pakai ear muff yang Daddy bawak balik dari offshore ye. Huhu. Bila baca description tu, okay, boleh kot. Macam seronok je belajar Sains Bumi ni.

Fast forward to second month in Universiti Malaysia Sabah main campus.

Time tu aku tengah beratur kat ATM. Line panjang gile so sabar jelah. Then tetiba adala sorang kawan sekolah dulu lalu, si R ni. Dia tegur kejap je sebab nak kejar bas. Tak lama lepas tu dia patah balik berdiri sebelah aku. Dia terus tanya...

"I am doing someone a big favor ni sampai sanggup miss the bus. (dia duduk off campus yang around >5km away)"
"Oh? Favor apa plak ni?"
"Ada orang nak berkenalan dengan kau. Kalau kau izin, baru aku bagi nombor hp kau. Kalau tak, we'll forget this conversation ever happened,"
"Hmm.. Dari mana dia kenal aku?"
"Dia pernah nampak kau sekali, pastu dok tanya semua orang kau tu sapa,"
"Mak ai. Hensem tak?"
"Bengong. Nak bagi ke tak? Cepat! Next bus dah nak sampai tu, dahla panas ni,"
"Okaylah-okaylah bagi je. Tapi bagitau aku dah ada boyfriend,"
"You won't regret this,"

And he took off just like that.

Rasanya the next day kot, time on the way nak pergi meeting Baktisiswa (time tu kitorang buat program kem motivasi untuk bebudak sekolah menengah), message masuk. Korang sekarang semua Whatsapp la WeChat la SnapChat la bagai kan? Kitorang dulu pakai SMS!

"Hai, boleh berkenalan? (aku tak ingat full message sebab time tu tengah busy)"
"Boleh kot. Tapi sekarang saya sibuk, dua tiga hari ni nanti saya akan ke luar bandar untuk program. Nanti bila saya free saya message awak balik,"

Hahaha! Mengelak habis. Time tu memang I was dating someone pun, cumanya long distance and ada lah problem jugak yang tak payahlah kita ungkit okay?

Dua tiga hari lepas tu, bila dah sampai sekolah tu and halfway nak start program, ada SMS masuk lagi.

"Hai, awak buat ape tu? Boleh message?"

Mamat ni lagi!!! "Ha, boleh tahan sibuk lah. Program dah mula,"

Lepas tu aku pun tak tahu macam mana, pandai betul dia berSMS, sampai aku pun menjawab, dan tanpa disedari, kitorang start balas membalas SMS.

Bila balik ke kampus, satu hari tu aku rushing kejar bas after class. Tengahari panas dan aku super lapar. Lupa pulak dah kat mamat tu sebab kitorang stop SMS and aku dah fokus dengan kelas semester pertama yang sangatlah tak ampun I tell you. Sampai je bilik, dia SMS.

"Saya nampak awak tadi lari kejar bas. Dengan baju kurung oren dan beg purple bunga-bunga. Nak telefon awak boleh?"

Annoying nye mamat ni!! Aku tak respond. Lepas tu dia call. Adui.... jawab jela....Aku buat-buat suara ngantuk, "saya penat ni, awak nak apa?"

"oh yeke? Sori. Saje nak borak. Takpelah. Bye,"

Entah macam mana, aku pun tak ingat, time tu gaduh dengan ex bf. Kebetulan dia call malam tu. So dengan menangis tu aku jawab jugak telefon dia. Kitorang borak lama. Tak borak pun. Aku cakap, takde mood nak borak and please jangan kacau aku lagi. Dia kata, dia tahu aku ada bf and malas nak layan dia. I can treat him as a friend, tapi dia cakap, dia terus-terang tak nak kawan JE dengan aku.

Dipendekkan cerita, entah macam mana lagi, hati aku terbukak nak berkawan dengan dia. Musim exam pun dah sampai. Kebetulan kitorang ada satu paper am yang sama. Dia ajak jumpa. Paper Hubungan Etnik rasanya. Lecturer Nordi Achie. Super best lecturer ni. Memang gamble habis la nak jumpa time exam kan? First paper plak tu. Gila!

Time tunggu nak masuk dewan exam tu, dudukla kat luar dengan geng-geng aku. Tetiba si Halim jerit panggil aku, weh Anne, dia la si Reza tuh! Reza apa lagi, terus panic, toleh tempat lain dan nyorok belakang tiang. Dia SMS aku cakap jumpa kat tiang tu nanti bila dah nak masuk.

Haha! First thing yang aku ingat pasal dia ialah pencil case dia. Beg Toblerone. Rasanya orang laki lain tak pakai pun pencil case gitu. This might be interesting.

And so... fast forward to present. Bila kitorang cerita-cerita balik, memang tergelak-gelak and sampai sekarang masih boleh buat bahan. Rasanya sampai bila-bila jugak kot masih boleh buat bahan.

He revealed that:
1) Hari pertama dia nampak aku ialah 1 Julai 2006, time nak daftar masuk kolej kediaman. Aku baru nak keluar dewan, turun tangga, dia dan geng-geng dia baru nak masuk dewan, tengah naik tangga. Dia cakap dia terkedu tengok aku tapi aku langsung tak pandang dia. Benda pertama yang dia ingat pasal aku time tu, rambut panjang, baju kurung tapi kasut sukan. (time tu aku terdesak sebab tak beli lagi kasut kuliah yang elok. erk...atau memang aku tak pandai nak bergaya). Yang paling penting, anting-anting bulat warna hitam.

2) Kali kedua dia jumpa aku, kat cafe kolej kediaman tu. Aku datang meja dia sebab nak tanya khabar kawan aku si R tu tadi. Dia cakap dia tanya aku sekolah mana kursus apa (time tu tak tukar jadi fakulti lagi), aku langsung tak jawab. (serious? sumpah aku tak ingat pun nampak dia kat meja tu. and sumpah sampai sekarang dia sumpah he was at that table and I ignored him)

3) Lepas habis minggu suai kenal tu, dia dapat kolej kediaman off-campus, and couldn't locate me. So lost macam tu aja. He went around asking people yang dia kenal yang dari matrikulasi Labuan pasal "this girl with long hair and black earrings". Itu description aku time tu. Kebetulan housemate dia sorang budak satu team silat dengan aku time college dulu. Si Awan tu. Dia cakap nama aku Fitriyana/Fitriyani. (what????!!!) Makanya, dia pun mencari la lagi di mana-mana fakulti yang ada kawan dia, with that description and fake name.

I revealed to him that:
1) Sebelum kitorang jumpa time first paper tu, aku ada risik pasal dia ngan coursemates / geng aku yang memang duduk off campus tu.

2) Aku tanya dia hensem tak? Muahahahaha.

3) Diorang cakap hensem and baik sangat. Pastu tetiba Halim kenalkan aku dengan coursemate aku yang sorang lagi yang housemate dengan husband aku ni.

Keciknya dunia.....Boleh ye pusing-pusing gitu.

During wedding ceremony kitorang, MC ada tanya macam mana kitorang kenal. At that time we took the opportunity to thank our friend, R. Thank you for missing that bus for us. R sekarang menetap kat Kota Kinabalu rasanya. He never left. Married a nice Sabahan girl and already has a son.

Aku tanya lagi, since our mutual friends dah banyak sangat tu, why did it took him months to find me?

His extensive search was done kat SPP - Sekolah Psikologi dan Pendidikan.

Really?

Muka aku ni ada nampak macam cikgu ke?????


Xoxo.