Tuesday 28 July 2015

Susah

Bismillahirrahmanirrahim....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

-------

Susah! 

Hah?

Susah!

Kenapa susah?

Sebab susah lah!

Itu rungutan aku haritu apabila the husband dan aku duduk bersila dalam bilik.

Apa yang susah?

Ha......

Susah sebab......sejam dia drill aku pasal Al-Fatihah aku dan tajwid Al-Quran aku.

(Ops! Mesti korang dah sangka mesti ada gossip panas ni kan? Haha! Tet! Salah. Moral of the story, bersangka baiklah. ok?)

So. 

Just before dia balik daripada office, macam biasala aku akan siap sedia nak solat Asar. Lepas tu ada masa lebih before masak tu bolehlah ngaji tiga empat lima enam page, mana yang mampu. Azamnye nak khatam within the month of Ramadhan jugak walaupun dah ABC (Allah Bagi Cuti) 7 hari. 

The last 10 days tu tak masak sebab nak berbuka di surau perumahan kitorang ni je. So adala masa lebih kan sebab pergi surau pun pukul 7.

So.

Biasanya dia balik lambat sikit. Tapi haritu balik awal dan dia terus naik masuk bilik. Aku tengah halfway ngaji. Dia jenguk page mana surah apa. Aku macam dah nervous dah gagap-gagap. Tersekat-sekat bacaan aku. Lepas tu dia ambik wudhu' dan terus duduk bersila depan aku.

Habislah.

Start dah. Dia cakap perlahan je, jom ngaji sama-sama. OK. Tapi serious nervous. First page aku baca. Banyak jugak yang dia betulkan. Mula-mula tu macam ada potensi nak naik angin. Tapi aku gagahkan diri jugak concentrate. Lepas tu dia pulak sambung next page dan aku check bacaan dia.

Begitulah kami di petang hari. 

Banyak yang dia tegur pasal tajwid. Sejak ngaji dengan ustaz yang mengajar cara bacaan sanad (betul ke aku eja ni). In short cara sebut yang super betul. Memang berbelit lah lidah anak tekak lelangit gigi-gigi gusi dan bibir ni kan.

Tapi aku tak blame dia. Susah sekarang mungkin itu sahajalah tiket kami untuk masuk syurga. Kehidupan dunia di sana yang kekal. Dunia ini sementara.

Post kali ni aku merapu je banyak. Adala flashback sikit.

Teringat lagi time jahiliyah dulu.

Time tu study lagi. Weekend memang kitorang akan keluar pergi town. Bila sampai di shopping complex, makan pastu pergi beli tiket wayang. Tengah tunggu movie nak start tu dan bila dah masuk waktu, mesti dia akan ajak pergi surau. Dan setiap kali tu aku akan ikut jugak. Tapi aku takkan masuk pun untuk solat. Aku akan duduk luar surau dan tunggu dia sambil main handphone. Tak rasa bersalah pun tapi aku selalu rasa macam malu dan segan ngan minah-minah yang bertudung. Selalu aku perhatikan yang bertudung labuh. Tapi lepas tu cepat je syaitan buat aku lalai. Rambut kau cantik. Body kau cantik. Semua orang pandang kau. Kenapa nak sorok semua tu? Show them you're the it girl. Show them your beauty. Make them feel they want to be like you. Make them want the hair that you have. Kuat bisikan syaitan itu.

Itulah aku yang dulu.

----------------------------------------------------------------

Hijabku.

Ini lagi satu cerita menarik. Just a month before tunang, dia tanya soalan cepumas:

"Since kita nak...you know...get serious ni, takde hati ke nak pakai tudung? Confirm cantik!"

Aku senyap je. Jantung aku tersentap sekejap. Bukan pasal phrase confirm cantik tu. Tapi pasal takde hati. Entah kenapa dan entah macam mana, hari itu jadi titik tolak aku untuk berubah. Aku ajak kawan aku dua ekor untuk pergi Masjid Jamek untuk cari tudung. Aku faham bila Catriona Bahrin Rose cakap, sampai satu hari tu, nak keluar rumah tanpa berhijab boleh buat kita jadi rasa resah gelisah bersalah. That was the day for me.

Minggu pertama, aku ingat lagi, February 2012. Aku decide datang office pakai tudung. Since wardobe aku semua tshirt kecik, jeans ketat singkat terangkat, aku decide pakai baju kurung. Rasa comfortable. Rasa safe. Tiada mata liar yang menjamu apa yang syaitan nak aku jamu pada ajnabis luar sana.

Soalan paling pelik yang aku pernah terima ialah:"bila dah nak pakai tudung kene ada official ceremony di masjid/surau ke?" Aku gelak. I said no. Just a change of heart to the better is enough. Dan kenyataan yang paling menggugat hati aku time tu ialah "you nampak tua la pakai tudung. Tak trendy. Rambut you dulu panjang tu kan cantik. Why nak sorok belakang tudung?".

Allahuakbar.

Macam-macam cara syaitan nak kacau hati aku supaya rasa tergugat. Tapi syukur alhamdulillah masih istiqomah sampai sekarang dan masih mahu memperbaiki syarat-syarat berhijab - in compliance with syariah.

Minggu pertama, aku kena migrain teruk. Salah pilih inner tudung kot sebab ketat sangat. My job time tu requires me to keje kat luar. So sangatlah panas dan sangatlah gelisah. Aku rasa movement aku restricted. Aku dapat rasa cara orang pandang aku pun dah lain. Tapi aku kuatkan hati.

Susah?

No. Inconvenient? At first, sebab bertambah sikit masa nak get ready gi keje time pagi or everytime nak keluar rumah (jemur baju, sapu sampah, buang sampah, bagi kucing makan, sign parcel poslaju etc). Lepas tu zas zas zas je siap.

Tapi aku tak pernah menyesal.

I am glad. Sebab diberi kesedaran seawal ni. I am glad, Allah hantar dia untuk jadi catalyst aku berubah kepada kebaikan.

Dia azankan Maghrib. Bergema satu surau dan perumahan ni. Sedap suaranya. Menitis air mata aku. Sebab aku bersyukur. Sangat-sangat bersyukur. Terkejut bila kakak sebelah aku yang baru sahaja habis menyarungkan telekung cakap kat aku,"bagus lah korang berdua ni, muda-muda dah rajin mai surau,"

Tau apa aku jawab?

"Kami dah puas muda kak. Life is too short. Just in case tomorrow never comes,"

Kakak pun senyum. Lalu kami dirikan saf, rapatkan saf.

Imam pun melaungkan Allahuakbar.

Yes, indeed.

Allahuakbar.

xoxo