Friday 11 December 2015

The Prep

Bismillahirrohmanirrohim.

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Tinggal dua hari lagi.

Isnin nanti kami akan berlepas ke Madinah, dan 19 Disember kami akan kembara ke Makkah, insha-Allah. Perasaan bercampur-baur, terharu kerana syukur alhamdulillah kami dijemput pada usia yang muda, nervous sebab masih ada cerita tentang demam selesema MERS-COV tu, dan ada kerisauan sikit meninggalkan keluarga dan anak bulus.

Semoga perjalanan kami dipermudahkan pergi dan kembali.

Ramai juga rakan yang mengirimkan doa mereka. Ada rakan yang anaknya sedang sakit, ada supervisor yang isterinya bertarung nyawa dengan sakit jantung, ada rakan yang sedang mengandung tetapi mengalami komplikasi, ada rakan yang suaminya diganggu tekanan emosi. Banyak sungguh cerita kita di dunia ni. If we are envious of what other people have and of their happiness, ingatlah, apa yang dipaparkan pada laman sosial itulah yang dia mahu kita lihat. In fact, we all face our own struggle in daily life. Bezanya kita ni jenis mencapap atau tidak lah kan?

Bagi saya, saya tidak suka nak tunjukkan kesedihan/kedukaan di laman sosial. Bagi saya itu sungguh private. Bagi saya, jika saya tiada lagi di dunia ini, saya mahu diingati sebagai orang yang happy-go-lucky sahaja.

Rasanya semua kelengkapan kami sudah tersedia. Tinggal nak cuci baju yang last dalam laundry basket dan lipat masuk luggage je dah. Ahad petang kami akan hantar anak bulus ni ke vet diorang untuk boarding. Mudahan takdelah masalah sebab Auntie Ain dan Auntie Izah will be listed as emergency contact and proxy untuk allow any emergency decisions.

Diorang pun macam tahu kami dah nak jalan jauh lagi. Manja sungguh. Jack especially sebab dia paling rapat dengan mama dia ni. Oreo tu lebih independent. Recently dah tukar food diorang to premium quality food. Bagus jugak sebab stoool diorang tak lah busuk sangat. And they seemed more content. Lebih cepat kenyang walaupun makan sikit je. Tidur pun lebih nyenyak. Esok nak top up dah lah food tu dan belanja wet food sikit untuk ditinggalkan pada vet.

Anyways, patutnya cerita pasal prep kan?

Haha. Ok. Boleh tak kemalasan menguasai diri ini. Lately penat sangat-sangat. Perlu lebih rehat je. Jadi kita list down ringkas-ringkas je lah ye? Mesti korang tertanya-tanya tentang pakej umrah kan?

Facts:
1. Kami decide nak join umrah ni bila ada kawan saya yang memang ayahnya pergi every year. Murah rezeki mereka. Jadi bila check ada budget lebih dan cuti lebih, suami pun bagi green light untuk submit nama.

2. Pakej umrah yang kami join ni ialah under Al-Hisbah Services. Katanya sister company of Gemilang. Tak apa lah. We have faith in my friend.

3. Kos pakej ialah RM7000 sebab group package. Kitorang mintak private room for the both of us so add on RM1000 lagi. Still cheap rasanya sebab sekarang banyak cerita agent rugi sebab matawang ringgit jatuh. Katanya banyak agent yang mintak top-up untuk tampung additional expenses di sana. Wallahualam.

4. Kursus umrah pulak, team kami ni ada jugak buat tapi weekdays malam, so kami tak join sebab kami kan mengajar tusyen weekdays malam. Jadi kami decide join yang free walk-in organized by Tabung Haji je. Boleh check di website tabung haji tours. Ada tiga lokasi iaitu Tabung Haji Jalan Tun Razak, Tabung Haji Kelana Jaya dan Masjid Besi di Putrajaya. This year schedule dia memang hari Sabtu dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Yang ni kami baru join last week. Tapi kami nasihatkan kawan-kawan join lah awal supaya bolehlah repeat kelas supaya adalah soalan-soalan yang boleh ditanya.

5. Barang kelengkapan umrah seperti pakaian ihram, beg kasut, botol air wudhu' dan lain-lain, kami beli daripada Mydin Emporium di Jalan TAR. Murah. Dulu terfikir nak ke PKNS di Shah Alam, tapi banyak review yang cakap sebab butik individu ni selalunya mahal. Berjimatlah tetapi masih pakai yang terbaik untuk menjadi tetamu Allah dan Rasulullah dan para sahabat.

6. Vaccination for Meningitis: ni pun dah settle a month ago lepas kami confirm payment. Mostly boleh ambil injection ni di klinik kesihatan, tetapi kalau malas nak beratur,bolehlah ke klinik swasta di kawasan perumahan anda. Cuma telefonlah dulu untuk booking/bertanyakan stok sebab bila tiba musim umrah (cuti sekolah), confirm stok cepat habis. Harga mostly around RM150-180 gitu seorang. Vaccination ni will last for 5 years, however, kerajaan Saudi menetapkan expiry sampai 3 tahun sahaja. Selepas 3 tahun, jika ingin memohon visa Saudi lagi, perlulah ambil injection ini semula.

7. Serahkan passport, buku vaccination (klinik akan bagi), gambar passport saiz saudi visa (menutup aurat dan pakaian gelap), kepada agent : done.

Barang-barang yang nak pack maybe akan sambung next post lah eh. Ngantuk pulak dah. It's time for meds and then bed.

Selamat malam semua.

Masih ada harapan. :)

xoxo