Thursday 30 April 2015

Dewan Nikah???

Alkisahnya,

Hari ni bestfriend husband akad nikah di Masjid Al-Azim, Kampung Pandan. Kitorang dah sampai sharp at 9am la kan and rumah kitorang jauh. Rasa seronok bila tengok masjid ni meriah dengan aktiviti. Ada ramai pasangan pengantin yang tengah tunggu nak akad nikah/dah sudah selamat akad nikah, ada bazaar dan ada kuliah/ceramah agama.

Bila dah sampai tu tak nampak pulak kelibat kawan husband ni. Khemah di perkarangan masjid pulak ada dua, satu pink satu lagi biru. Dah lah kitorang salah masuk lorong untuk pergi parking bay. Siap ada sorang makcik ni marah sebab takut kitorang ambik parking spot dia sedangkan kitorang ke tepi sikit je sebab nak bagi dia lalu dulu. 

Tunggu punya tunggu, finally nampak kelibat ayah pengantin lelaki. Itu pun sebab husband dah gelisah bila di call pengantin lelaki tadi tak jawab. Whatsapp pun last seen pukul 8am tadi.

Rupanya diorang dah selamat dinikahkan dalam Dewan Nikah. Ada rupanya bilik khas ye? So ter miss lah upacara penting sebab pengantin lelaki tu bestfriend husband sejak zaman muda mudi lagi. 

Awal pagi tadi time sampai, kitorang nampak ada pengantin-pengantin lain juga yang akad nikah di ruang solat utama. Ingatkan buat kat situ la kot. Rupanya tidak. Bukan rezeki lah kot nak tengok akad nikah diorang. Tengok video je lah nanti.

Dua bulan lagi wedding anniversary kitorang yang ketiga, in shaa Allah. Nak plan surprise apa ya untuk husband? 


Inai art on my wedding day, 3 years ago.

Wedding anniversary husband dan kawan-kawannya semua rapat-rapat. 

S&H : 16/7/2011
F&E : 5/5/2012
R&A : 7/7/2012 (kitorang la ni)
N&A : 14/3/2014
E&A : 1/5/2015
I&U : 6/6/2015 (ni coming soon)

Yang 6/6 ni nanti akad nikah di Machang, Kelantan. Husband tengah tengok tiket sebab kalau musim cuti sekolah ni mahal sikit. We'll see. 



Oh look what came in the mailbox today?
Ada wedding invitation daripada kawan di Sabah. Handmade card ok? Thank you korang. Kitorang diminta ambil selfie dengan kad kahwin diorang nanti untuk di print dalam wedding album. Tak tahulah dapat attend tak wedding ni. Boleh tahan lama bercinta jugak diorang ni. Rasanya dah minat-minat sejak matrikulasi dulu. Alhamdulillah. Kita doakan yang baik-baik aja untuk mereka ya?

Xoxo

Anne's Grilled Chicken Salad

Hello!

Kempen makan sihat lagi. Malam ni menu simple saja tapi kenyang. Tunjuk gambar dulu kemudian resipi nya. Ok?


Ingredients

1. Grilled Chicken
200 gram of chicken meat (part of your choice. I chose breast)
A pinch of salt
A pinch of black pepper
Tumeric powder to taste
Chilli powder to taste
One tablespoon of olive oil

2. Salad
Cameron salad/Romaine/Butterhead/Coral
Red and green bell peppers
Red onion
Tomato
Lime juice

Steps:

1. Make sure chicken is fully defrosted.
2. Massage salt, pepper, tumeric powder, chilli powder and olive oil onto chicken.
3. Let it sit for 10 minutes.
4. Heat in oven at 220degree Celcius, 20-25 minutes depending on thickness of chicken meat.

For the salad, chop chop everything, stash in a bowl, sprinkle black pepper and a few drops of lemon juice.

Voila! 

Let's eat for health.

Xoxo

Wednesday 29 April 2015

Little Success!

Nak kongsi sikit. Kejayaan hari ini. 

Misi kami starting from earlier this month is to start eating healthy and live a healthy life. So we changed our diets and also try to workout as much as possible. Him trying to get fit and me trying to gain weight. (Susah betul. Dah 3 tahun berat badan macam ni je walaupun melahap banyak. Maybe I should check in case thyroid ada masalah. I hope not) 

We started off with ditching the salt. I memang suka makan yang masin-masin ni tapi tak elok lah kan. So must cut down and introduce healthy food.

Husband pulak since dah rajin workout ni, immediately after confirm lapar gila since energy dah burn banyak kan. He requested Granola Bars. Ai mami. Tak pandai plak nak buat. Google punya google then dengan resipi yang kawan dia bagi, dapatlah buat yang simple je with minimal ingredients. Nak yang hebat boleh tapi kekacang agak mahal la jugak.

Anyways, ni resepi yang paling mudah. The measurements tu tak dapat nak cakap sebab ikut total kuantiti yang korang nak kan. 

Ingredients:
3-4 tablespoon of peanut butter (smooth)
3-4 tablespoon of honey (organic)
150 grams of raisins
200 grams of rolled oats (oat yang masih shape asal dia bukan yang hancur untuk buat minuman tu)

Instructions:
Campak je semua masuk dalam bowl then uli pakai spoon. Haha! Ganas pulak. 

But but but you can start slow. Kalau peanut butter tu melekit sangat, bolehlah cairkan sikit dulu dalam microwave/atas stove. Pastu baru tuang dalam bowl tadi. U need as much binding agents as possible (honey+peanut butter) tapi jangan banyak sangat sebab nanti too sweet. Raisins pun dah sangat sweet.

The consistency that you need to go for is just to the point where it will not crumble easily when you try to roll it into a ball.

Next, masukkan the mix tadi tu in a container of your choice. Flatten it with the back of your spoon. Thickness pulak will be of your preference. Jangan nipis sangat nanti crumble, jangan tebal sangat nanti overdose. (Kidding!) betul, nanti terlebih makan pulak. 

Once done, leave it in the freezer for about 24-hours. Bila dah siap tu potong kecik-kecik jadi macam bars. 

Mudah kan? 

Nak tunjuk gambar sikit. 

Ni bila dah flatten kan dalam container. Notice that I lined it with ClingWrap supaya senang nak keluarkan nanti.

And this ladies and gentlemen, is the finished product. Bolehlah potong dan simpan untuk makan. Satu hari satu bar je tau untuk snacking. Boleh alaskan dengan greaseproof paper supaya bars yang dah dipotong tadi tak melekat antara satu sama lain.

Selamat mencuba! 

Xoxo

Monday 27 April 2015

Thanks for the Memories, Gold Coast! (Part 1: Preparation)

Bismillahirrahmanirrahim.

This is the long overdue post for our trip to Gold Coast (GC) in February 2015. Enjoy!

Ceritanya begini.

One morning in 2014 (dah tak ingat bulan apa), I woke up seeing husband smiling at me. Nice view la kan. Berbunga je hati ni. Haha! He told me that dia dah beli tike pergi GC semalam time I dah tido.  I tanya why didn't he wake me up. Dia cakap takpelah. Nak buat surprise.

The ticket was from AirAsia's yearly big sale and the travel period will be a year away - February 2015. Lamanya lagi! Tapi takpelah. Boleh kumpul duit dulu supaya tak payah nak berbajet-bajet sangat nanti time bercuti, kan? Pening sebenarnya nak shopping/berjalan kalau asyik fikir pasal currency exchange ni. Kalau visit countries yang currency dia weak confirmla rasa kaya tapi kalau sebaliknya, susahlah sikit sebab nanti tak enjoy.

In 2014, tiba-tiba plan berubah lah pulak kan sebab pregnant la pulak! Estimated due date (EDD) time tu memang ngam-ngam during the week after we were supposed to return from GC. Tapi, kalau awal seminggu atau lewat seminggu pun it will not make any difference sebab bila dah 8 months pregnant confirm dah mengah and doctor dah tak bagi fly kan? So we thought takpelah. Burn je lah ticket tu. Tak mahal pun. For two person on return flight tickets total semua RM1600 je.

Then miscarriage lah pulak (aku rasa tak payah sugarcoat kot, past is past kan?). So the plan is back on.

Tapi ada lagi satu surprise. Sister-in-law (SIL-husband's only sister) decide nak kahwin. Bila? Yes! If korang dapat teka, memang story ni predictable. Hehe! Of course la pulak diorang terpilih tarikh yang kitorang supposed to fly to GC tu la kan?

Bincang punya bincang, husband dah tak nak delay lagi dah, so we bought another ticket (terpaksa la menanggung kerugian sikit but hey, this is meant to happen kan?), and brought forward the travelling date. Time SIL announce tu dah October/November, I think? Tanpa berlengah, husband beli tiket on the earliest possible that he can get, and that's in January. Alamak! Banyak stuffs nak kene arrange nih. Reason that he chose January sebab time tu projects masih slow and he can get away from the office lama sikit.

So, mungkin post kali ni kita cerita pasal preparation nak ke GC la ye?

PASSPORT RENEWAL
Passport kitorang dah nak expired dah and for us to obtain the Electronic Travel Authorization (ETA) tu requires a valid visa because all information will be linked to our passports. Prepare a credit card sebab nanti nak buat payment and it will only cost you AUD$20. Nak suruh agent buat boleh jugak but I can't remember berapa.  (Oh, jangan lupa check anda blacklisted tak untuk travel abroad - read: tak bayar PTPTN and blacklisted).

Nak apply for ETA: Please check this link.

Macam ni la rupa pengesahan daripada Jabatan Imigresen nanti.



ETA tu nanti tak payah print pun but boleh jugak simpan just in case. Sebab all information should be available dah when they scan your passport. Passport Malaysia ni canggih jugak sebenarnya. Nak tengok ranking safety passport-passport di dunia boleh tengok sini.

ITINERARY
For activities, kitorang mintak je itinerary from friends yang dah pernah travel to GC ni. When you compare to what travel agents are offering, lebih kurang sama je the visits to all tourist attractions. Bezanya, anda lebih bebas memilih aktiviti. Yang paling penting, pengalaman kitorang pergi one of the parks, terlampau ramai sangat orang dalam satu tour group sampai ada yang merungut tak tengok habis lagi tapi tour guide dah tiup wisel panggil suruh gerak.

TICKETS TO PARKS
So, apa benda yang best kat GC? Of course lah it is famous for its theme parks! Jangan lupa check online for best offers. Some ada package untuk all 3 theme parks yang famous tu (Wet'n'Wild, MovieWorld, SeaWorld). Others macam Currumbin Wildlife Park, Paradise Country Farm, climb up Q1 tu korang boleh beli on the spot. Tak mahal pun.

Website untuk beli tickets: Please check this link.

FLIGHT TICKETS
Yang ni, ada kerugian sikitla sebab terpaksa beli entirely new flight tickets which costs us additional RM1500. Nangis sikit di situ. Reminder ye: jangan terlalu di brainwash oleh low-cost carrier offers. Kadang-kadang national carrier boleh je ada superb offers that you might miss! Read: check la airline lain jugak jangan gopoh okays.

ACCOMODATION
Yang ni kitorang taklah memilih sangat sebab husband cakap since it is our first trip overseas, nak honeymoon special sikit. So he gave me a list of hotels yang dia dah usha awal-awal (semangat sungguh dia ni), so that I can screen them using TripAdvisor. We decided that we would like a cozy apartment-hotel-ish place to stay with the best view of the Pacific Ocean. So we narrowed down to two hotels. Husband cakap let's stay in one for a couple of days and then move to the other one, saje-saje nak tukar angin. Meriton Serviced Apartment on Broadbeach was our first place. Nanti boleh tengok gambar. Then we moved to Soul on Surfers Paradise. Initially I wanted to stay on Q1 supaya nanti boleh climb up - husband gayat + faktor cuaca + faktor harga = in the end tak jadi lah pulak.

CREDIT CARD LIMIT
Yang ni penting jugak in case nanti nak pakai untuk hotels / fine dinings or even shopping ke kan? Mine tak boleh nak increase to the amount that I wanted. Additional 50% je from the current limit. Hmm. Okaylah, peringatan untuk beringat bila berbelanja. Nak uruskan, senang je, call your respective credit card establishments and the request can be done over the phone. Approvals will not take more than 24hours rasanya.

MONEY EXCHANGE
Kitorang decide perlu jugak ada duit sikit untuk emergency kan instead of depend on credit cards je. I went to IOI City Mall's money exchange booths. The rates are ok la. 2.9 at that time. Remember to get them to break it into smaller change.

INSURANCE
Please understand what type of insurance do you have or what does the insurance that you have bough from your airlines cover? On board sahaja atau onboard, on-land coverage. Kalau hospitalization, sampai berapa? Kalau lost baggages, berapa? What are the procedures? Important contact numbers saved on the phone. Penting ni sebab malang tak berbau. In your travel plans please also ensure you know where is the nearest hospital/medical facilities/police station/embassy contacts ye?

Hmm... Apa lagi ye?

IMMUNIZATION
Check if you need to be cleared off from any particular sickness/diseases or require jabs before entering a country. Countries like Australia is very strict on this including dalam flight nanti mesti ada announcement pasal the offence of bringing in any plant/animal which can introduce diseases into the continent. Iyelah, Australia continent yang besar. Kalau terbawak masuk virus terus habis pupus haiwan dan tumbuhan diorang, siapa nak bertanggungjawab?

Website such as this: Please check this link.

Yang penting, jaga kesihatan. Tak mahu la time travel nanti sakit ye tak? :)

Teringat pulak dua tahun lepas travel ke Thailand. Seminggu lagi nak pergi baru ada budak sound kenapa korang tak ambik lagi jabs tu before fly? (suntikan tu perlu ambik dua minggu sebelum travel). Tak tahu pun ada protokol gitu. Balik je dari Thailand, memang demam habis la sakit tekak bagai. I got cough and flu since Aug 2013-March2014. Sampai jumpa dua specialist, satu ENT and satu lagi Respiratory Physician sebab diorang dah suspect Tuberculosis. Na'uzubillahiminzalik. In the end they agrees it was only acute bronchitis, sent me home with inhalers dan ubat lain. Alhamdulillah sekarang dah sembuh. Tahun bersejarah jugak sebab first time pakai nebulizer kat klinik sampai nak tertido.

Kita sambung lagi nanti.

Wednesday 22 April 2015

How I Met My Husband

Disclaimer: Post ni super panjang. Kalau rajin baca go ahead. :P

Aha! Hehehe. Dah lama menyepi kan? Adalah tu cerita dia. Ulang-alik somewhere and tiba-tiba ramai pulak yang datang visiting so jadilah driver bertauliah. Ada hikmah jugak quit keje hari tu. Bila ada orang mintak tolong, bolehlah bantu sebab banyak masa terluang. Tapi tapi tapi, lately ni doctor suruh duduk dirumah aja, berehat katanya. Okaylah. Tapi (lagi) sakit mata la tengok habuk. Cerdas dan tangkas sungguh labah-labah kat rumah ni buat sarang. Sejak jalan belakang rumah tu open for public use, bila bukak tingkap dapur je banyak habuk masuk. Memang kene sapu hari-hari. Kalau tak bukak nanti air circulation dalam rumah tak elok pulak kan. Takpe. Kita sapu slow-slow takat mana yang mampu.

Banyak pulak komplen ye? Hehe.

Jom korek balik kenangan lama.

Bukan apa, tidak ada niat nak menunjuk, cumanya suka bercerita dan berkongsi pengalaman. Sebabnye bila orang tanya aku orang mana dan husband asal mana, soalannya: jauhnye.

Macam mana jumpa?

Ceritanya begini.....

Flashback jauh sikit ye.

Lepas habis Tingkatan 5, aku ada hati nak sambung matrikulasi. Daddy memang bengang habis la sebab dia nak aku stay dekat and sambung Tingkatan 6 je. Aku cakap kalau Sains susah lah. Please let me go because kat sana nanti ada exposure baru. Dahlah dulu lepas Tingkatan 3 tak bagi tukar sekolah (result PMR cantik), takkan kali ni nak larang lagi? (remaja ye. memang melawan. mudahan anak kitorang nanti senang sikit jaga. amiin)

Hari yang aku mintak Daddy sign borang matrikulasi tu, mata Daddy tak berganjak pun dari tv ok. Aku pun duduk je kat lantai depan dia, letak borang tu atas coffee table and tunggu dia sign. Bila azan Maghrib dah berkumandang, baru dia off tv, dia ambik borang tu dan sign, pastu masuk bilik. He didn't even utter a single word. Berapa lama aku duduk situ pun aku tak ingat tapi boleh tahan keras kepala jugak aku ni, kan?

So I got what I wanted. I spent a year in Labuan Matriculation College. Seronok! First time kot keluar dari rumah. Alhamdulillah pandai la jugak uruskan diri walaupun banyak tiru/belajar daripada budak-budak yang dah biasa duduk asrama. Budak bilik aku time tu semua budak day-school. So semua pun pakat ajar each other kalau dapat tips baru utk jemur kain, bajet groceries, kemas baju sendiri dalam almari, packing barang etc etc.

After that, sampai lagi masa untuk pilih nak mohon universiti mana. Of course lah universiti tempatan kan sebab itulah yang termampu. Sekali lagi...sekali lagi aku gaduh dengan Daddy. Dia nak jugak aku ikut jejak langkah kakak aku (dulu dia Tingkatan 6 pastu further her studies in UM reading Law). Aku cakap kamon la kan, budak Sains nak buat Law? Aku serious tak minat. Please jangan paksa. I wanted to be a doctor. Tapi tak cukup pandai so aku downgrade nak jadi nurse (still stay in medicine field). Influence ni datang sebab aku ni dari kecik dah selalu ada kes istimewa bila masuk hospital. Itu kita cerita next time. Gaduh punya gaduh, I gave in.

Bila nak isi borang UPU tu, ada 8 pilihan. Boleh-boleh pilihan 1-3 aku adalah yang paling pelik. 1)UM-Law?, 2) UIA-Law??? 3)Aku tak ingat jugak tapi Law jugak rasanya. Sungguhlah sesat. Time isi UPU tu, that year it was conducted online. My mentor-lecturer kat college tanya, kenapa pilihan awak ni macam ni? I had to tell him it was my father's wish. Ikutkan jela. Seterusnya, 4) Unimas-Nursing. 5) UMS- Geologi. Yang lain hujung-hujung tu aku tak ingat sangat. I know one of them was Physiology though.

Kenapa Geologi sesat situ? Sebabnya, time kat matrikulasi pun, result aku jatuh merundum. Entahlah, aku ni tak pandai belajar ke atau tak pandai jawab soalan exam. Time scroll through choices tu (aku ingat lagi time tu pergi town and duduk kat cc supaya aku sorang and boleh fikir dengan waras), ternampak course ni. My dad memang keje oil and gas and he was a mud engineer dulu. Dari kecik I was told of stories about working offshores bagai. Antara gambar pertama aku time kecik ialah pakai ear muff yang Daddy bawak balik dari offshore ye. Huhu. Bila baca description tu, okay, boleh kot. Macam seronok je belajar Sains Bumi ni.

Fast forward to second month in Universiti Malaysia Sabah main campus.

Time tu aku tengah beratur kat ATM. Line panjang gile so sabar jelah. Then tetiba adala sorang kawan sekolah dulu lalu, si R ni. Dia tegur kejap je sebab nak kejar bas. Tak lama lepas tu dia patah balik berdiri sebelah aku. Dia terus tanya...

"I am doing someone a big favor ni sampai sanggup miss the bus. (dia duduk off campus yang around >5km away)"
"Oh? Favor apa plak ni?"
"Ada orang nak berkenalan dengan kau. Kalau kau izin, baru aku bagi nombor hp kau. Kalau tak, we'll forget this conversation ever happened,"
"Hmm.. Dari mana dia kenal aku?"
"Dia pernah nampak kau sekali, pastu dok tanya semua orang kau tu sapa,"
"Mak ai. Hensem tak?"
"Bengong. Nak bagi ke tak? Cepat! Next bus dah nak sampai tu, dahla panas ni,"
"Okaylah-okaylah bagi je. Tapi bagitau aku dah ada boyfriend,"
"You won't regret this,"

And he took off just like that.

Rasanya the next day kot, time on the way nak pergi meeting Baktisiswa (time tu kitorang buat program kem motivasi untuk bebudak sekolah menengah), message masuk. Korang sekarang semua Whatsapp la WeChat la SnapChat la bagai kan? Kitorang dulu pakai SMS!

"Hai, boleh berkenalan? (aku tak ingat full message sebab time tu tengah busy)"
"Boleh kot. Tapi sekarang saya sibuk, dua tiga hari ni nanti saya akan ke luar bandar untuk program. Nanti bila saya free saya message awak balik,"

Hahaha! Mengelak habis. Time tu memang I was dating someone pun, cumanya long distance and ada lah problem jugak yang tak payahlah kita ungkit okay?

Dua tiga hari lepas tu, bila dah sampai sekolah tu and halfway nak start program, ada SMS masuk lagi.

"Hai, awak buat ape tu? Boleh message?"

Mamat ni lagi!!! "Ha, boleh tahan sibuk lah. Program dah mula,"

Lepas tu aku pun tak tahu macam mana, pandai betul dia berSMS, sampai aku pun menjawab, dan tanpa disedari, kitorang start balas membalas SMS.

Bila balik ke kampus, satu hari tu aku rushing kejar bas after class. Tengahari panas dan aku super lapar. Lupa pulak dah kat mamat tu sebab kitorang stop SMS and aku dah fokus dengan kelas semester pertama yang sangatlah tak ampun I tell you. Sampai je bilik, dia SMS.

"Saya nampak awak tadi lari kejar bas. Dengan baju kurung oren dan beg purple bunga-bunga. Nak telefon awak boleh?"

Annoying nye mamat ni!! Aku tak respond. Lepas tu dia call. Adui.... jawab jela....Aku buat-buat suara ngantuk, "saya penat ni, awak nak apa?"

"oh yeke? Sori. Saje nak borak. Takpelah. Bye,"

Entah macam mana, aku pun tak ingat, time tu gaduh dengan ex bf. Kebetulan dia call malam tu. So dengan menangis tu aku jawab jugak telefon dia. Kitorang borak lama. Tak borak pun. Aku cakap, takde mood nak borak and please jangan kacau aku lagi. Dia kata, dia tahu aku ada bf and malas nak layan dia. I can treat him as a friend, tapi dia cakap, dia terus-terang tak nak kawan JE dengan aku.

Dipendekkan cerita, entah macam mana lagi, hati aku terbukak nak berkawan dengan dia. Musim exam pun dah sampai. Kebetulan kitorang ada satu paper am yang sama. Dia ajak jumpa. Paper Hubungan Etnik rasanya. Lecturer Nordi Achie. Super best lecturer ni. Memang gamble habis la nak jumpa time exam kan? First paper plak tu. Gila!

Time tunggu nak masuk dewan exam tu, dudukla kat luar dengan geng-geng aku. Tetiba si Halim jerit panggil aku, weh Anne, dia la si Reza tuh! Reza apa lagi, terus panic, toleh tempat lain dan nyorok belakang tiang. Dia SMS aku cakap jumpa kat tiang tu nanti bila dah nak masuk.

Haha! First thing yang aku ingat pasal dia ialah pencil case dia. Beg Toblerone. Rasanya orang laki lain tak pakai pun pencil case gitu. This might be interesting.

And so... fast forward to present. Bila kitorang cerita-cerita balik, memang tergelak-gelak and sampai sekarang masih boleh buat bahan. Rasanya sampai bila-bila jugak kot masih boleh buat bahan.

He revealed that:
1) Hari pertama dia nampak aku ialah 1 Julai 2006, time nak daftar masuk kolej kediaman. Aku baru nak keluar dewan, turun tangga, dia dan geng-geng dia baru nak masuk dewan, tengah naik tangga. Dia cakap dia terkedu tengok aku tapi aku langsung tak pandang dia. Benda pertama yang dia ingat pasal aku time tu, rambut panjang, baju kurung tapi kasut sukan. (time tu aku terdesak sebab tak beli lagi kasut kuliah yang elok. erk...atau memang aku tak pandai nak bergaya). Yang paling penting, anting-anting bulat warna hitam.

2) Kali kedua dia jumpa aku, kat cafe kolej kediaman tu. Aku datang meja dia sebab nak tanya khabar kawan aku si R tu tadi. Dia cakap dia tanya aku sekolah mana kursus apa (time tu tak tukar jadi fakulti lagi), aku langsung tak jawab. (serious? sumpah aku tak ingat pun nampak dia kat meja tu. and sumpah sampai sekarang dia sumpah he was at that table and I ignored him)

3) Lepas habis minggu suai kenal tu, dia dapat kolej kediaman off-campus, and couldn't locate me. So lost macam tu aja. He went around asking people yang dia kenal yang dari matrikulasi Labuan pasal "this girl with long hair and black earrings". Itu description aku time tu. Kebetulan housemate dia sorang budak satu team silat dengan aku time college dulu. Si Awan tu. Dia cakap nama aku Fitriyana/Fitriyani. (what????!!!) Makanya, dia pun mencari la lagi di mana-mana fakulti yang ada kawan dia, with that description and fake name.

I revealed to him that:
1) Sebelum kitorang jumpa time first paper tu, aku ada risik pasal dia ngan coursemates / geng aku yang memang duduk off campus tu.

2) Aku tanya dia hensem tak? Muahahahaha.

3) Diorang cakap hensem and baik sangat. Pastu tetiba Halim kenalkan aku dengan coursemate aku yang sorang lagi yang housemate dengan husband aku ni.

Keciknya dunia.....Boleh ye pusing-pusing gitu.

During wedding ceremony kitorang, MC ada tanya macam mana kitorang kenal. At that time we took the opportunity to thank our friend, R. Thank you for missing that bus for us. R sekarang menetap kat Kota Kinabalu rasanya. He never left. Married a nice Sabahan girl and already has a son.

Aku tanya lagi, since our mutual friends dah banyak sangat tu, why did it took him months to find me?

His extensive search was done kat SPP - Sekolah Psikologi dan Pendidikan.

Really?

Muka aku ni ada nampak macam cikgu ke?????


Xoxo.