Tuesday 19 May 2015

Ikhlas dalam perniagaan

Assalamualaikum!

Semalam, I diberi peluang untuk jadi proxy for a friend to attend a hearing of his case on claims for late vacant possession (VP) of his condo di Selayang. Since he is out of the country, other friends are working, and ding ding siapa lagi yang free tak buat apa kalau bukan I kan? I agreed. I do not know what to expect but it would be an interesting experience kot.

Sunday night tu dia dah call all the way from UK untuk brief pasal documents and dia sebenarnya nak buat settlement je sebab kalau hearing semalam tu masih lagi ada bantahan nanti kes tu drag sampai High Court. Malas la kan sebab dia jauh and he wants the house to be ready when dia and wife balik dari UK.

How did this hearing came into place? Macam ni:

In 2011 he bought an apartment. Expected completion tu supposedly last year la in September. But, he finally got the VP in November. According to the Sales and Purchase Agreement (SPA), developer akan bayar amount untuk delays ni. Jadi si kawan ni pun isi lah borang dan submit di Tributanl Tuntutan Pembeli Rumah di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pengiraan untuk claims ni senang je sebab ikut apa yang kita dah agree dalam SPA. Cuma, aku ada soalan la kenapa yang dia claim tu, dia kira harga dalam SPA as base, tetapi surat respon daripada developer tu pakai discounted price as base. So ada la kurang ratus-ratus jugak.

Fast forward, semalam pagi aku gerak lambat la pulak sebab macam pening dan susah nak bangun. Sampai Kementerian Perumahan tu pulak 9am sharp! Memang berlari-lari anak la naik tangga, register kat reception pastu kejar lif nak naik tingkat 4. 

Sampai sana, sunyi je dan ada 3 orang encik duduk di waiting area. Aku ni memang kurang malu jadi aku tanya je la diorang developer atau pembeli. All 3 of them pembeli. Jadi start la borak. Rupanya kes diorang lagi parah daripada kes kawan aku. Beli apartment kat Port Dickson. Patutnya siap tahun 2007. Tapi sampai sekarang pun masih belum dapat VP tu tadi. Yang aku kesian sangat, diorang ni tentera. Orang yang berkhidmat untuk negara. Beli apartment low cost je around RM50k? Diorang pakai LTAT. Macam EPF la tapi untuk tentera. Sekarang ni loan tu dah nak bayar habis dah tapi tak dapat pindah rumah lagi. Gaji every month dah potong. Yang parah lagi, diorang masih menyewa. Extra cost la for them di situ kan? Tak pulak aku tanya kenapa diorang ni tak dapat penempatan dalam kem tentera.

But the point is kenapa la pemaju ni buat macam ni. Kes diorang ni complicated sebab kononnya pemaju tu bertukar. Pemaju lama muflis. Aku sempat la duduk dalam session pertama dan kedua sebab sebutan kes aku yang ketiga.

Setting bilik hearing tu ada la ala-ala courtroom betul. Bezanya takde lawyers la. Yang ada cuma the President (what they called the judge there) dan assistant dia yang tugas untuk catat minit hearing. First case dan second case tu dengan developer sama, penuntut berbeza. Memang bergaduh la jugak sebab developer tu baidap jugak sampai President pun tinggikan suara. President tu pompuan dan memang otai gile.

Time nak tunggu start awal-awal tu, developer yang biadap ni baru je sampai and dia nampak penuntut dua orang ni, dia approach diorang dan gertak "ha, nak tuntut apa lagi?". Diorang jawabla "nak tuntut hak kami la Dato'," Developer tu pulak dengan selambanya gertak lagi "Ha, tuntutla! Tuntut semua!" Pastu dengan angkuhnya berjalan dan duduk jauh sikit daripada kitorang. Haih. Stress jugak ada manusia macam ni ye? Dahla ambik duit orang. Nak berlagak pulak tu.

Dalam hearing tu, judge menangkan penuntut sebab memang developer kene bayar gantirugi sebab lambat serah kunci, total ada la RM30,000. Sebutan kedua yang diorang kalah tu pasal developer konon dah bayar duit kat lawyer untuk SPA tapi lawyer cakap tak bayar pun dan dipecat begitu sahaja. Duit yang developer pakai untuk "bayar lawyer" tu pulak duit yang dia mintak daripada pembeli rumah. Sebutan kedua ni penuntut (pembeli rumah) kalah sebab... tak cukup bukti. Tapi tak apa lah. Janji diorang dapat jugak pampasan yang sepatutnya tu.

Kes aku pulak settle cepat sebab hearing pertama dulu dah ada mutual agreement for a price. Kurang daripada apa yang sepatutnya dapat dituntut tapi since kawan aku tak nak drag lama, makanya aku diberi mandat untuk accept price yang dah set tu. Hearing aku 5 minit je. President cakap your friend is smart. Take the money and move on with life.

Aku tak tahu lah apa nasib penuntut yang tadi tu. Pemaju biadap tu diberi 30 hari untuk bayar RM30k tu. Tapi diorang cakap diorang doubt he will pay. Before sesi aku start pun developer biadap tu siap tanya President lagi macam mana kalau dia tak nak bayar tapi nak appeal High Court? President tu buat muka "are you kidding me" and said bayar jela duit hak orang instead of bazir duit hire lawyer dan bazir masa stress pasal benda ni. 

Developer biadap tu siap cakap lagi company dia memang dah takde duit, negative. Terlopong aku dengar. Tapi terlopong dalam hati la sebab kne jaga air muka depan President. 

I learned alot hari tu. Nak beli apa-apa ni sila lah baca. Jangan dok sign je apa-apa agreement tanpa memahami implikasi kalau terjadi apa-apa. Kalau ada kawan yang lawyer tu janganla malu bertanya atau buatlah research online. Jadilah pengguna yang membuat "informed decision". 

Another lesson is always be honest. Janganla nak menipu nak ambik duit orang ni segala. Tak berkat hidup.

What is happening to the world?

No xoxo harini sebab masih sakit hati pasal ni.