Tuesday 27 October 2015

January 2016

Bismillahirrohmanirrohim..

Tak dapat nak lelapkan mata. Jam menunjukkan pukul 1.13am. Hujan renyai-renyai diluar. 

Dah selamat jumpa doctor dah semalam.
Result kurang memberangsangkan. 
Vitamin D turun lagi sedangkan dah sibuk telan pil 2000IU dua kali sehari. Bukan itu sahaja, siap pergi taman lagi berjemur mana-mana bahagian yang boleh didedahkan pada cahaya matahari.

Result toxoplasmosis is negative, makanya kucing-kucingku sihat dan bebas daripada jangkitan kuman tu. Toxoplasmosis ni boleh hadir dalam kucing yang dijangkiti virus tu. Dikeluarkan dari badan kucing melalui tinja. Kalau aku tersentuh tinja, maka boleh berpindah pada aku. Bila aku mengandung, bayi aku nanti mungkin akan mengalami kecacatan perkembangan. Nauzubillahiminzalik. 

ET cantik bulan ni tapi bila aku bagitahu doktor aku amalkan EPO at 1000IU 3x a day, doktor suruh stop or reduce habis-habisan sebab memangla EPO ni elok untuk bantu tebalkan ET sebab ada estrogen, tapi side effect dia ialah akan berlaku pergerakan seakan-akan bergelombang pada UC yang akan mengganggu implantasi embryo jika berjaya disenyawakan. Pergerakan ni terlampau kecil dan hanya boleh diperhatikan melalui rakaman video TVS yang dipercepatkan. 

Ovari kanan ada folikel tetapi lokasinya jauh daripada yang sepatutnya.

Ovari kiri ada foliket bersaiz ideal tetapi morfologinya kurang cantik kerana terdapat "unjuran" yang aku lupa namanya. Tidak berbentuk bulat seperti biasa.

Doktor semak kembali medical records. Dah setahun lebih dah daripada x-ray HSG pertama. Maka aku diminta untuk buat temujanji untuk HSG x-ray kedua untuk memastikan tiada bahagian yang "kurang sihat". Akan telefon Hospital Tawakkal, Jalan Pahang on D1, ask for appointment with Dr. Fatimah. Bawa balik report HSG ni nanti during appointment seterusnya. Perlu makan antibiotik sehari sebelum, hari HSG dan sehari selepas HsG ni untuk mengelakkan jangkitan kuman. Ni bukan x-ray rangka tulang ye. X-ray ni special sebab ada dakwat yang akan disalurkan ke dalam ruang rahim dan terus ke tiub falopia dan ovari kiri kanan sambil diambil gambar x-ray untuk melihat kelancaran pergerakan cecair tersebut. Mudahan tak ada yang sumbat ye. 

In the meantime, continue with Vit D at 2000IU 2x per day. Sampai sebulan atau sebulan setengah nanti, datang balik untuk buat blood test. Tuesdays and Fridays je, result akan dapat two working days after. 

So apa yang akan berlaku January 2016 nanti??

Selain berkongsi perancangan kami untuk ke umrah December ni nanti (doctor tu pun akan pergi inshaAllah), doktor dah bagi ubat siap-siap dah untuk dimakan pada cycle D3-D8 sejurus selepas pulang daripada umrah. Ubat ni memang power sebab arahan ialah makan satu tablet setiap hari untuk 5 hari, tetapi pada waktu malam sahaja sebelum tidur. Sebab lepas makan ubat ni confirm pening mabuk loya berpinar-pinar dibuatnya. So strictly for night only. Bila dah sudah, jumpa doktor lagi pada D11/D12/D13 untuk monitoring.

Apa term menarik appointment kali ini? 

Aku sampaikan pada student aku, belajar biologi ni macam belajar bahasa. Bila tahu bahasanya, maka tahulah maksudnya.

Term kali ini ialah... (Drum roll)

Intra-cytoplasmic Sperm Injection atau ICSI. 

Apa itu ICSI? Dan apa beza IcSI dengan IVF?

Tunggu post seterusnya selepas aku habis mentelaah agar dapat disampaikan ilmu sains ini dengan mudah. 

Betapa kecilnya kita dan betapa hebatnya ciptaan Allah subhanahuwata'ala. 

Kun fa ya kun

Sunday 25 October 2015

Between Want and Need

Bismillahirrohmanirrohim..

Ya.

Antara nak dan perlu.

Want and need.

Mood sentap sikit sebab semalam terbaca satu artikel tentang this girl yang TTC juga.

Tentang kesedihan kami yang tengah TTC ni sebenarnya berpunca daripada masyarakat sekeliling yang agak mendesak apabila asyik menanya bila lagi nak mengandung dan tak teringin ke nak anak.

Side track sikit.

Sekarang aku mengajar tusyen kan. Jadi rumah kami ni sentiasalah dikunjungi budak-budak. Jack dengan Oreo pulak awalnya takut sangat sebab tak biasa dalam rumah ni ada suara orang lain. Bila kawan datang visit tu lain cerita la kan. Finally after 3-4 weeks ni, seperti yang dijangka, Jack makin pandai bersosial dengan budak-budak yang datang tusyen tu. Bila ada kelas tusyen je mesti dia tunggu budak sampai sambil jenguk keluar di sliding door, atau panjat atas meja dan memerhatikan budak-budak tu buat latihan, kadang-kadang dia akan duduk di kerusi belakang aku ketika aku mengajar dan tido atau menanti usapan dan belaian. Oreo memang jangan harap la nak manja dengan strangers. Mungkin sebab sebelum ni dia stray yang pernah didera atau selalu dihalau oleh orang lain. :( Selalu menghilang, biasanya naik atas dan tido. Sebaik sahaja budak balik dan kami baru nak kunci pintu utama, nampaklah Oreo di anak tangga paling bawah sambil menguap, seolah-olah bertanya, budak-budak dah balik ke?. Hehe. Kelakar. Lainkali lah aku cerita telatah diorang ni.

Satu hari tu, tengah monitor student yang berumur 7 tahun ni, tiba-tiba student tu pandang sekeliling. Macam tengah cari something. Aku ingatkan dia tengah fikir jawapan pada soalan latihan yang aku berikan. Rupanya...

"Auntie takde anak ke?"
"(senyum) Belum lagi. Insya-Allah tahun depan,"

Matanya kembali kepada buku latihan. Aku pun pandang sekeliling rumah ni. Patutlah. Gambar yang kami ada hanyalah gambar kahwin kami yang bersaiz kecil, dan gambar ketika kami bercuti di Langkawi tahun 2012, 3 bulan lepas kahwin. Kedua-dua gambar ni terletak diatas rak buku tepi tv. Suami sememangnya tak mahu ada gambar manusia yang digantung dalam rumah ni. Katanya nanti malaikat tak masuk. Wallahu'alam.

Aku ada letak satu gambar baby. Baby siapa? Heh! confirmla gambar aku time baby. Aku selalu perhatikan baby orang lain. Biasanya nak tengok baby tu dapat paras rupa siapa, sambil memikirkan, baby kami nanti rupa macam mana ya?

Kakak yang datang urut aku semalam kata, "genetik diorang tu kuat. Confirm anak kamu nanti banyak dapat ciri-ciri dia." Aku gelak je. Sambil tahan sakit sebab seminggu lepas aku jatuh tangga.

Salah sendiri. Pakai stoking dalam rumah budak-budak yang aku jaga tu. Aku rushing nak turun ke bawah tapi taklah berlari pun. Entah macam mana, miss satu step, meluncur turun tiga anak tangga, dan landing confirmlah atas punggung. Aku cuba break the fall dengan tangan. Sempat cushion the fall sikit je. Bahagian badan sebelah kiri sakit. Bila urut ni memang ouch ouch la kan. Suami marah. Marah sikitla. Sebab dia tak nak apa-apa berlaku. Aku cakap aku ok je.

Dua hari lepas tu "makcik datang ziarah". Hmm.. Lepas jatuh tu aku monitor jugak sebenarnya takut-takut ada bleeding. Alhamdulillah takda.

Ok, so kembali kepada cerita sebenar.

Lepas baca post that girl tadi di FB, aku sentap.

Dia kata, sebenarnya suami isteri tenang je menghadapi ujian Allah ni. Most of the time tak fikir pun sebab sibuk dengan urusan harian dan masa lapang tu, enjoy each other's company. Kami mula stress bila kami diingatkan, when it is slapped on our faces that "something is missing" in our life.

Tetapi orang lupa.

Anak itu amanah daripada Allah.

Nak dapat senang. (bagi diorang la kan because clearly for me macam struggle habis). Tapi nak jaga susah. Sebab anak-anak ni nanti akan menuntut pada kita di hari pengadilan.

Lepas tu timbul persoalan sebenar.

Ada anak ni, keperluan atau kehendak? I think it is a privilege.

Baru tengahari tadi kami menonton wayang (dirumah je, jimat), Gone Girl.

Perbualan suami isteri dalam movie tu yang berbunyi begini:

"Having a child can not and will not fix a troubled marriage,"

Lebih kurang macam itulah. Isi tersirat di situ kiranya mempersoalkan keperluan untuk ada anak ni. Kalau sekadar untuk meredakan pergolakan dalam rumah tangga, it will not solve the issue sebab bila dah ada anak, timbul pula dugaan lain dan masalah sebenar tadi sebenarnya belum dapat diselesaikan pun.

There is no shortcut to having a child. There is no shortcut to a happy life. There is no shortcut to maintaining a marriage.

It all requires work from both parties.

Jadi persoalannya, lagi dan lagi dan lagi, do you want a child? Or do you need a child?

Allah akan bagi apa yang kita perlu, dan tak semestinya apa yang kita mahu.

Babak suami isteri yang bergaduh dalam movie ni betul-betul membuka mata aku tentang argument suami isteri yang "berbincang/merancang/bercadang" untuk dapatkan anak.

Truth is, kitorang tak pernah argue pasal nak anak. We both just want one, or more.
Suami pernah berseloroh nak anak ramai supaya boleh buat pasukan bola. I liked that idea. We talked about it alot diawal perkahwinan dulu.

Lepas kahwin, idea tu diskaun jadi pasuka bola futsal.

Sekarang, tak tahulah ada diskaun ke tak tapi if dapat sorang pun kami dah sangat-sangat bersyukur.

If.

If is good.

[Esok jumpa doctor lagi. Check up lagi. Mungkin buat kali terakhir tahun ini. Jika keadaan belum mengizinkan, kami akan teruskan kembara kami untuk menziarahi rumah Allah, bulan December nanti. Doakan kami selamat pergi dan kembali]

xoxo


Thursday 15 October 2015

Reset

Bismillahirrahmanirrahim

Ye. Reset.
The clock.
This month false alarm lagi tapi tak lah lama. Cuma cycle 29 days sahaja.
Awal Muharram. Suami bercuti. Keluar makan. Perut sakit.
Balik rumah. Confirm.
Dah tak kuasa nak nangis lagi dah.
Air mata tu ada.
Tapi tak jatuh.
Nak cuba lagi ke?
Semakin rasa menjauh.
Terlintas di fikiran, mungkin dia akan lebih bahagia dengan orang lain.
I have nothing to offer in this condition.
Tetapi dia tetap bertahan.
We're in the same boat, katanya.
Boat nak pergi mana tu? Aku berseloroh.
Kami ketawa. Reset perasaan itu.
Kembali perasaan kasih, kembali perasaan sayang.
Syukur dia tak pernah putus asa.

Setiap hari aku elak buka Facebook.
Elak buka Instagram.
Elak nak tanya khabar pada kawan dan keluarga.
Sebab sebenarnya aku elak diorang tanya soalan tu pada aku.
Sebab aku sendiri tak tahu jawapannya. Bila lagi?
Allah je yang tahu.
Kalau aku tahu, confirm aku buat kenduri kambing golek dua ekor terus.
Pelamin fresh flowers dengan crib putih, pink lace if its a girl dan cotton blue if its a boy.
Tapi tak.
That is not how it works.

Aku elak tengok gambar.
Supaya aku tak diingatkan yang aku ni tak mampu.
Supaya aku tak termimpi-mimpi diberitahu oleh doktor, kejadian istimewa itu, milik aku.

Hari ini hari kedua.
Aku dah cuba telefon nurse untuk buat temujanji seterusnya.
Masih menanti nurse telefon semula kerana klinik penuh dan nurse sibuk.

Baca blog doktor tu lagi.
Kali ini penuh dengan gambar pasangan-pasangan yang berjaya.
Semuanya bayi tabung uji.

Dulu masa belajar biologi, terngiang-ngiang di telinga suara Mr. LHG sebut pasal benda ni.
Kami semua tertawa.
Mudahnya masa remaja.
Tidak tahu derita.
Tidak tahu kecewa.
Tidak tahu diduga.

Aku ada dua percubaan lagi.

Hari tu dah Strike One.

Bulan Disember nanti kami akan menjalani ibadah umrah.
Semoga dipermudahkan.
Semoga doa kami diterima.
Semoga kami lebih dekat dengan Maha Pencipta.
Semoga kami lebih kuat.
Semoga kami sedar kami hambaNya yang lemah dan tidak terdaya.

Kepada Dia kami datang, dan kepada Dia kami akan kembali.

Tapi persoalan itu tetap bermain di hati.

Bila lagi?

:"/