Thursday 28 January 2016

11w3d

Bismillahirrohmanirrohim

aha..
jangan tak tahu
10w4d haritu serah diri kat klinik sebab dehydrated, doc masukkan air garam satu pint. Baru ok.
semalam baru discharge daripada hospital
kenapa?
sebab gastric melampau, muntah ada spot darah, berat badan turun, muntah yang ekstrim lebih daripada exorcist, tak lalu makan dan dehydrated.

Condition tu dipanggil... Hyperemesis Gravidarum atau singkatannya HG.
Antara ikon terkenal yang pernah mengalami kondisi sama ialah Kate Middleton. For both of her pregnancy kot kalau tak silap.

Jadinya tidurlah di hospital 2 malam. IV masuk air garam 5 pint, ubat tahan muntah, ubat gastric dan menu hospital yang sihat. Syukur alhamdulillah sembuh juga. Finally after so long aku dapat makan dan tak jadi Emily Rose lepas tu.

Lepas discharge semalam, petang tu ada lah jugak rasa tak selesa kejap. Malam pun rasa tak berapa sihat sebab aku tak makan sangat kat rumah. Silap. Bila perut lapar lah makin teruk rasa loya dan nak muntah tu.

Minggu 11 ni simptom baru.

Sakit kepala yang teramat. Rasa macam panas je kepala ni. Husband picit sambil baca doa. Baru dapat tidur. Kesian dia. Sabar sungguh melayan isteri yang manja ni.

Scan week 11 ni bila sukat baby, dia dah membesar as 12 weeks. Orang panggil gestation 12 weeks. Seronok juga. Time Dr. A scan dia tido elok je. Gerak sikit je tapi heartbeat kuat sungguh. Mama dia la macam kain buruk sakit huru hara.

Doc suruh datang balik nanti bila free, so aku set week 16 lah kot. Nak balik berehat dulu.

Apparently GH ni tak di cover oleh insurance ye rakan-rakan. Apparently, insurance tak cover anything related to condition during pregnancy. Total bill during the stay was RM2k. But I recovered so money is nothing as compared to risking my life and the kid's life.

Mama dah nak balik dah Sabtu ni sebab minggu depan majlis bertunang adik. Sedihnya, bila dah nak sihat nak manja dengan mama, tapi dia dah nak balik. :( takpelah. Nanti time berpantang je lah manja lagi. Tahun ni tak sempat balik raya kot sebab dah 8 months dah time raya tu. :( :( :(

Maybe parents boleh beraya sini instead? :D

-------

Sebenarnya ada cerita / teladan yang aku nak sampaikan ketika menunggu doktor di ruangan emergency.

Time aku sampai tu adalah satu lagi kereta yang sampai dengan sorang wanita dan nenek. Nenek tu atas wheelchair dan complain dia sakit, dia terseksa. Lepas nurse triage assess dia dulu sebab macam kronik sangat je, she got wheeled in.

Lepas tu turn aku. Aku dapat zon orange jugak sebab blood pressure dah menurun sebab aku tak makan. Dapatla katil sebelah nenek tu.

Dipendekkan cerita, nenek tu rupanya nyanyuk. Doktor dah datang dan ubat pun dah bagi, boleh dia tanya anak dia lagi doktor takkan datang ke? Kenapa lama sangat? Menangis aku mengenangkan nasib dia. Tapi yang buat aku nangis dalam kemarahan - sambil tahan sakit gastrik sendiri - ialah cara anak dia jawab soalan-soalan dia yang berulang macam radio rosak tu, sungguh kasar. She grunted, huffed and puffed at her.

Nak je aku jerit, woi tu ibu kau, tolong respect sikit ok. Tapi tak. Aku pun tak tahu lah apa nak jadi. Finally nenek tu tadi bertenang setelah makan ubat walaupun masih jugak dia tanya sekali sekala, mana doktor? Doktor takkan datang ke? Diorang tak kasi ubat ke?

Yang paling menyedihkan, bila anak dia keluar sekejap, masih jugak dia panggil nama anak dia.

"(nama anak dia).....sakitlah...rasa terseksa sangat.."

itu yang dia asyik ulang.

Yang aku kagum, walaupun nenek ni takkan ingat apa yang jadi pada dia 5 minit yang lalu, dia tetap ingat nama anak dia dan rupa anak dia. Itulah kasih seorang ibu. Kasih anak? hampeh!

Dalam tangis aku berdoa,

Ya Allah, kau sihatkanlah ibu dan ayahku sampai hujung nyawa diorang. Bagilah aku peluang untuk berbakti sepuasnya pada diorang. Janganlah kau turunkan penyakit nyanyuk pada diorang supaya kami masih dapat duduk bersama dan bercerita kisah lama-lama, sampailah Kau jemput mereka kembali.


Sedih kan?

Sila nangis.

Aku nangis takpa. Aku tengah hormonal.

xoxo 

Wednesday 20 January 2016

10w1d

Bismillahirrohmanirrohim

Tough

You know whats tough?

Being pregnant

Morning sickness yang all day sickness sampai ke malam

Waktu post ini dikarang pun tengah melayan sickness sambil tak tahu bila acid reflux nak jadi atau bila perlu lari ke toilet untuk muntah macam dalam wayang exorcist. Syukur masih boleh minum air

Diet pemakanan sekarang hanyalah teiggies perisa coklat dan butterscotch gardenia. Kadang-kadang bubur nasi sejuk dicampur gula. 

Dua hari lepas sambil mkn bubur nasi depan tv sambil tengok orang tv makan kek secret recipe. Maka jadilah emily tose kembali. Depan tv. Atas lantai. Mama tengah makan. Tapi mama sanggup berhenti dan tolong lap aku. Sigh. 

Tak elok mengeluh. Ini kan yang engkah mintak yang engkau doa yang engkau tangiskan? Sekarang dah dapat kenapa mengeluh. 

Lebih kepada perasaan bersalah sebab selama ni ke hulu ke hilir aku sendiri berdikari. Sekarang nak refill botol air dengan air masak dari dapur pun terpaksa mintak mama tolong.

Mama datang. Kesian dia. Tapi dia cakap dia lagii kesian aku sebab tak dapat makan. Mama dulu mengandungkan kami berenam semua dia macam ni. Gagah sungguh mama aku. Ya اَللّهُ kau berilah dia ganjaran syurga tanpa hisab. Aku nak lepas dua minggu ni lagi pun dah merengek-rengek.

Selalu mimpi makan. Dah nak suap. Tiba-tiba terbangun. Nangis. Dengar lagu nasyid kat tv, nangis. Tengok drama, nangis. Tak dapat makan sebab loya, nangis. 


Susahnya menjadi ibu. Bertuah kamu-kamu yang tak perlu melalui sickness macam ni. Sayanglah ibu kamu. Hormatilah dia. Doakan dia.

Sesungguhnya dia itu superwoman.

اَللّهُ Maha Besar

Xoxo

Sunday 17 January 2016

A New Beginning

Dengan Nama اَللّهُ yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Doakan kami

Week 10 is coming

Sudah didengari denyut jantungnya

Tetapi perasaan risau itu masih ada

Doakan saya

Agar tabah menghadapi ujian yang hebat ini. Dikuatkan semangat untuk terus berjuang walaupun tubuh lemah longlai. Besar dugaannya untuk bersedia menerima roh amanah اَللّهُ yang istimewa ini.

Doakan dia

Agar sabar melayan keluh kesah saya sepanjang tiga bulan pertama ini.

Agar tidur malamnya masih cukup untuk dia berjuang di siang hari mencari rezeki buat penghidupan kami. Walaupun acap kali dia tersedar dengan batuk dengan larian saya ke tandas untuk meredakan loya dan pening. 

Doakan baby

Agar dia masih mampu membesar dengan elok dalam keadaan saya tidak punya selera makan. Bubur nasi dicampur gula dan air masak, itulah suapan saya pada dia. 

Ingin saya umumkan pada dunia tapi kerisauan itu masih bersarang di hati

Mudahan semuanya baik-baik saja

اَللّهُ Maha Besar