Sunday 9 August 2015

Motivation - Inspired by a story told by a stranger

Bismillahirrahmanirrahim

Malam ni ceritanya tak panjang kot. (macam tak mungkin kan sebab aku cakap banyak)

Harini busy sikit. Pagi tadi ada plumber datang rumah untuk fix saluran sinki dapur yang tersumbat. Pastu suruh dia tengokkan jugak pam tandas kat kitchen dan hall atas tu dah kenapa. Rupanya both rosak. So he went out to buy some materials and then came back to fix them. Sejak pukul 11 dan habis pukul 2. Total RM390. Berdesing jugak telinga dibuatnya. But alhamdulillah semua dah settle.

Lepas solat dan bersiap-siap, mula lah nak pergi ziarah kawan buat open house. Sepatutnya ada 4 buah rumah tapi disebabkan kekangan masa, kami cuma mampu visit dua buah sahaja. First house in Puchong. Rumah kak B yang aku rapat since my second job dulu. First impression aku kat dia, dia garang gile. Sebab dulu time aku newbie kat tempat tu dia selalu pandang aku kalau aku keluar pintu utama tapi dia tak pernah senyum. Bila aku dah pindah tempat duduk belakang dia, entah macam mana kitorang jadi rapat gila sampaila sekarang. Huhu. Menu rumah dia ialah soto daging, rendang kuah satay daging, rendang daging dan lemang. Awesome kan? Satu negeri je buat rendang kuah satay ni kat Malaysia so you can cari lah state mana ye and guess her origin. Kawan aku sorang lagi dua kali tambah. Aku makan semua. Fuh! Sedap. Kakak B masak since 9am. Semua dia masak sendiri except lemang la kan. Duduk condo kang bakar lemang, mau free-free smoke alarm bunyi dan kena evacuate. 

Second house pulak di Bukit Jelutong. Dah lepas Asar baru sampai sana. Menu nasi tomato, kuah kari, ayam masak merah, papadom, acar timun, kuah satay, nasi himpit, rendang daging dan desserts. Fuh. Makan lagi. Tapi sikit je la. Kat rumah ni minum teh tarik halia. Sedap. Rasa panas-panas badan dibuatnya. Ni rumah bestfriend husband since high school. So spend time bercerita sikit. Before Maghrib baru balik dan kitorang la guest terakhir.

Al-kisahnya, both houses ni dikunjungi/didiami oleh couples yang ada baby. First house tu, aku sampai je kat pintu, ada baby one of the guest datang dan terus mintak aku dukung. Of course aku takkan lepaskan peluang tu kan. Second house tu pulak, wife dia baru dapat second baby, about 4-5 months old. Adik dia dapat twin boys yang dah nak masuk dua tahun.

On the way drive balik tu, aku tanya husband,
"will we get to have our own child?"

Soalan itu sentiasa bermain di fikiran aku.

Aku elak online FB dan Instagram dah sekarang sebab dah malas nak nampak orang post mengandung lah beranak lah. Sebab kadang-kadang tu memang akan emo. Tipu la tak emo. (sometimes i blame it on my hormones).

Dipendekkan cerita, malam ni sementara husband dah sibuk dengan season EPL baru dia, aku pun temankan dia depan tv sambil on laptop dan baca blog-blog TTCian (Trying-To-Conceive-ians). Most of the time daripada situlah aku dapat kekuatan dengan menyedari, orang lain yang TTC menghadapi cabarang yang lebih hebat, dugaan yang super-duper daripada Allah. But they are still holding on strong. 

One particular story ni she's 35 and has had IVF for 5 cycles. Kamu tahu tak one cycle tu berapa kupang? Sekarang selepas GST, starting je RM12.5k tau. Itu belum termasuk kalau baby tu berjaya melekatkan diri pada dinding rahim mama dia, dan ubat susulan akan diberikan untuk maintain perkembangan/kandungan bayi tu. Jadi dia claim total dia buat IVF untuk baby dia yang pertama (daripada awal protokol sampai kandungan stabil) ialah RM25k. Satu baby, Belum termasuk 5 cycle lepas yang gagal itu. (boleh bayar habis kereta myvi aku).

Kami sedang mencuba lagi. Sometimes it just felt so hard. Kuat sangat animal instinct ini untuk reproduce. Macam-macam teori orang:

1) Ko bela kucing kan, sebab tu takleh ngandung. Kucing kotor kan?
2) Ada gangguan jin kot, ko dah cuba ustaz ni ustaz tu, garam ni pagar rumah, ayat ni ayat itu?
3) Alah takpe, ko kan dah pernah pregnant sekali so nanti adalah tu.

The fact is:

1) No. Ada ustaz yang dah cakap tak boleh cakap gitu sebab Allah tak cipta kucing tu untuk menyusahkan manusia apatah lagi boleh menyumbang kepada kemandulan. Dosa tau!
2) Itu aku tak tahu. I've heard stories tapi kami sekarang tengah cuba je ikhtiar apa-apa kecuali yang memang obviously syirik or benda-benda khurafat. Semoga Allah sentiasa melindungi kami.
3) This is considered a hurtful statement as well. We prefer that you just say be strong and believe in Allah's plans.

Itu je lah.

Puas jugak aku dukung babies tu harini. Sorang tu, muka dia sama macam muka aku time baby. Aku siap tunjuk gambar lagi. Sorang lagi pulak kecik sangat sampai aku risau nak dukung lama sebab neck dia macam tak kuat lagi.

Bottom line is:

Layakkah aku menjadi ibu? If it is fated that I am not, aku redha. Allah knows best.

xoxo


No comments:

Post a Comment

Let me know what you think :-)