Sunday 14 February 2016

13w5d

Bismillahirrohmanirrohim...

Alhamdulillah we're almost reaching the first base which marks the end of first trimester. Woohoo!

Symptoms dah subside but I still have vomiting episodes yang dalam kawalan (masih sempat lari ke sinki dapur/tandas) untuk muntah.

Fatigue dah slowly hilang juga bila semalam lepas nap dari pukul 9malam sampai 11malam (bangun sebab lapar dan melahap burger sebiji), lepas tu terus tak nak tido sampaila pukul 4.30 pagi. Tak pasti lah disebabkan oleh pepsi yang aku minum atau memang baby ni tak nak tido. Pagi pukul 8.30 dah segar balik. Macam tak cukup tidur tapi macam ok je. Syukur.

Dull pain/cramp dapat dirasai di bahagian abdomen kiri (belah pinggang). Dua hari jugak dah tapi tak lah sakit sangat. Cuma macam lenguh. Round ligament pain pun dah terasa bila selalu terbangun pukul 4.30 pagi dan rasa isi abdomen ni macam ditarik-tarik. Kadang-kadang aku bercakap juga dengan baby, "please baby tolong mama, grow slowly but steadily, we have plenty of time, tak mahu sakit-sakit macam ni ok? kesian mama kan?". Strange enough lepas tu ada rasa lega lah jugak dan boleh sambung tido.

Sekarang issue nak buka buku merah dan daftar ke Hospital Putrajaya Full Payment Patient. Jadi nak kongsi lah sikit tips yang jiran kongsi pada aku.

Memanglah kalau bersalin dia hospital swasta terbaik, tetapi, kalau ada komplikasi, anda akan dirujuk kepada hospital kerajaan dimana kelengkapan semuanya mencukupi. Jadi, penting untuk kita daftar buku merah. Tanpa buku merah ni, nanti hospital kerajaan tak akan terima kes kita. Awalnya plan memang nak bersalin di hospital swasta kegemaran aku. Tapi memandangkan kos agak tinggi dan lokasi hospital tu jauh (tak nak ter beranak atas MEX), dan atas nasihat doktor Adilah, kami pun bercadang nak bersalin di Hospital Putrajaya sahaja. Mudahan dapatla Dr. Hamidah tu ye sebab memang nak bersalin dengan doktor wanita Islam sahaja.

Jadi, buku merah ni boleh didaftarkan di mana-mana klinik yang melakukan pemeriksaan untuk ibu dan anak. Bila dah dapat estimated due date (EDD), dan sudah menjalani ujian saringan ibu mengandung (nanti update senarai ujian), bolehlah telefon FPP Hospital Putrajaya dan inform EDD dan buat temujanji dengan doktor sakit puan pilihan anda. Jiran cakap, Hospital Putrajaya akan set tarikh bulan ke 7 untuk jumpa sekali dan lepas tu jumpa lagi bila dah nak bersalin. Pemeriksaan asas lain (bulanan, mingguan) boleh dibuat di klinik swasta serendah RM70 sahaja setiap lawatan (nanti update juga apa yang diperiksa selain ultrasound).

.....

Esoknya plan nak pergi klinik lah sebab sekarang dah lebih bertenaga. :) semoga urusan dipermudahkan.

Sekarang ni bila dah ada tenaga, macam tak boleh duduk diam sebab kalau duduk diam rasa gelisah semacam. Kakak aku cakap tu kadang-kadang gangguan. Doakan kami dilindungi daripada semua tu lah ye.

Baru-baru ni pun jiran ada cerita seram jugak lepas dia pergi berubat dengan ustaz. Aku malas nak join conversation macam tu. Sebab aku yakin, Allah akan lindungi kami sentiasa. Aku mesti kuat. Awal mengandung haritu asal masuk waktu Asar/Maghrib je aku berperangai sampai nangis. Allahuakbar. Bila suami sentuh perut dan berdoa barulah tenang. Lindungilah kami ya Allah daripada sebarang musibah.

Hmm... tak cerita lagi kan pasal trip kami ke umrah haritu? Nanti aku curi masa memandangkan jari dan badan ni dah mula tak reti duduk diam.

Doakan juga kandungan ni sihat dan morning (all-day) sickness ni berakhir secepat mungkin.

amin.

Allahuakbar!

No comments:

Post a Comment

Let me know what you think :-)