Monday 15 February 2016

14w - Prosedur Buka Kad Merah / Pink

Bismillahirrohmanirrohim..

Okay, dalam dua post lepas dah share sikit kan plan nak buka buku merah / pink ni.

Baru dapat tahu daripada jiran, sekarang klinik swasta pun dah boleh buka buku pink ni dan tak perlu menunggu lama di klinik kesihatan ibu dan anak (KK) lagi. Serik juga ketika mengandung dulu (anak pertama kami yang keguguran), terpaksa tunggu lama dengan keadaan klinik yang agak uzur, terpencil, dan pengghawa dingin ala kadar menambahkan kegelisahan para ibu (dan bapa dan anak-anak) di sana.

Isnin
- ambil keputusan untuk buka buku pink di Klinik Suraya Putra Perdana
- nampaknya ramai ibu mengandung pun follow-up di klinik ni
- ramai juga walaupun baru pukul 10 pagi
- doktor ambil tekanan darah, dengar degupan jantung, buat ultrasound dan ujian air kencing
- doktor Suraya sendiri yang jalankan pemeriksaan
- kenapa dengar degupan jantung? sebab aku ada medical history of Rheumatic Fever
- dulu ketika check-up di KK, doktor di sana pernah sediakan surat rujukan ke jabatan kardiologi Hospital Serdang untuk pemeriksaan lanjut
- tak sempat pun dapatkan tarikh pemeriksaan, kandungan kami dah gugur pada minggu ke-12 kehamilan
- I raised this issue but doctor said we will keep an eye on you
- next appointment bulan depan nak raise lagi sebab when I left the clinic doctor takde pun bagi surat rujukan baru
- sibuk sangat kot

Beza prosedur KK dan Klinik Swasta
- KK akan minta salinan sijil nikah, salinan kad pengnalan suami dan isteri, dan salinan bil letrik/air untuk pengesahan alamat (pembahagian penduduk kawasan dan jurisdiction kawasan liputan kk tersebut) ketika pendaftaran (datang awal sebab ramai...!! Rasanya kali terakhir pergi, pendaftaran cuma boleh dilakukan pada hari Isnin hingga Khamis, dan Jumaat adalah by appointment only - KK Pulau Meranti, Puchong)
- klinik swasta (yang aku pergi ni) tak mintak apa-apa dokumen pun kecuali kad pengenalan semasa pendaftaran

Ultrasound
- alhamdulillah, baru masuk 14wks, measurement baby pun ok
- heartbeat observed (walaupun tak pasang doppler)
- doktor tunjuk plasenta mana, tangan, kaki, kepala, tulang belakang
- ukuran bayi 8cm minggu ni! :D
- teruja tengok bila nampak profil rupa bentuk dan raut muka baby dalam perut ni
- kesian juga husband tak dapat nak cuti untuk tengok scam (katanya belum dapat cuti lagi sampaila ada orang boleh back up sikit kerja dia di office), dan harap-harap untuk scan 3D nanti dia boleh cuti
- tapi...doktor cuma print gambar ultrasound imej belakang bayi je. hampa, kalau imej satu lagi tu nampak full kepala badan kaki dan tangan bayi

Lelaki atau perempuan?
- semalam ada borak dengan suami, tanya dia expect baby girl or boy? Dia cakap baby girl sebab kalau mimpi mesti mimpi baby girl. Aku pulak selalu jugak mimpi baby girl tapi aku mengharapkan baby boy
- apa-apapun kami bersyukur dengan kurniaan Allah subhanuwata'la

Kebakaran
- yes, kecil, dirumah kami
- hari ni tadi sibuk ke balai bomba untuk dapatkan laporan
- apa yang terjadi?

kita tunggu post seterusnya lah eh?

jengg jengg..

Allah Maha Besar
Lindungilah kami daripada malapetaka

xoxo

No comments:

Post a Comment

Let me know what you think :-)