Tuesday 3 May 2016

25w

Bismillahirrohmanirrohim

Alhamdulillah...

cepat je masa berlalu kan? Rupanya dah 4 minggu tak update blog sebab finally kami decide nak furnishkan hall tingkat atas ni untuk jadi mini office. Makanya tunggulah order cabinet dari Groupon and then assemble sendiri. Murah je. Around RM290 including shipping.

Nak assemble pun senang sebab saya dan dan husband memang suka assemble2 furniture. Seronok dapat gurau2 dan buat activity out of the ordinary.

So, minggu ni tak scan lagi. Nak tunggu lagi sikitla sebab bulan lepas scan 11/4, walaupun dah 4 weeks but ok je kalau scan lambat lagi sikit nak genapkan 11hb tu jugak.

Last weekend pun kami busy sangat. Dengan the usual Saturday morning temankan husband pergi main basketball di PJ, lepas tu terus kami pergi KLCC nak visit Homedec 2016. Cadangnya nak review harga water heater, ceiling fan dan office chair. Rupa-rupanya harga online jauh lagi murah. Nak kira installation fee pun takkan sampai harga di expo tu sebab jiran tetangga sini banyak contacts untuk electrician, plumber etc. Makanya kami sakitkan sahaja kaki ni untuk pusing satu Homedec cuci-cuci mata. Antara yang menarik lagi ialah 3D wall panel untuk gantikan styling pakai wallpaper. Tapi mahalla jugak sebab bila kira nak letak satu dinding (backwall master bedroom berukuran 10' in height dan 12' in length), boleh cecah RM1k++. Hehe, So saya cakapla pakai Memento paint jugak murah. Boleh je buat sendiri Memento tu asalkan ikut tutorial dan bersabar banyak2.

Memandangkan dah kat KLCC tu, kami menyempat la jugak pergi makan di foodcourt, tempat saya makan time kerja dulu. Memang minat dengan mee wantan di situ. Sebab it reminds me of mee kolok back in Sarawak. A few weeks ago pun adala visit restoran Dapur Sarawak di Jalan Ipoh, order mee kolok tapi semestiinya benchmark saya sangatla tinggi tetapi tak lah sampai mengecewakan sangat.. Takpelah, cukup untuk lepaskan keinginan. Husband pulak order laksa sarawak. Sedap katanya tapi tak setanding yang kami pernah makan di Kota Kinabalu dulu (haha! yang di Miri pun dia cakap tak umph macam yang di KK tu).

Sunday pulak kami ke baby expo di PICC. Yang ni kami sanggup pergi sebab dekat dengan rumah dan confirm tak ramai orang. Same concept, kami dah sediakan list harga online dan ruang kosong untuk list harga di expo.

So far kami cuma survey harga diapers, wipes, bottles, dan breastpump je.

Sampai je expo tu, staff Enfagrow bagi sample susu ibu mengandung dan menyusu, mak ai manisnya. Rupanya sukatan dia 6 scoop. Fuh! Sekarang minum Anmum materna je, sukatan recommended ialah 4 scoop tapi saya ambil 2 scoop sahaja dan minum waktu siang atas arahan doktor. Sebab family ada history diabetes jadi mesti ambil langkah berjaga-jaga.

Lepastu nampak booth Guardian, ada offer Mamypoko, newborn 90pcs for RM58. Cumanya dia ada tinggal satu pack je. Mamypoko ni friends cakap memang sangat bagus tapi sangat mahal. So kami nak test dulu other brands (daripada samples yang kawan bagi) untuk uji sensitivity kulit baby ni nanti before we decided on a brand. Lagipun newborn tak payah beli banyak kot sebab nanti confirm cepat membesar sebab cadang nak fully breastfeed, insyaAllah.

Booth di dalam adala early education (suami gelak2 cakap takpe wife saya boleh ajar sendiri homeschool saja), ada booth baju murah rompers RM5 yang sangat comel tapi tengah ramai ibu2 yang serang booth tu, ada booth stroller canggih yang boleh jadi carseat, stroller, carrier at the price of RM18xx. The idea is good tapi kalo setiap kali nak bukak pasang memang tak elok la sebab kami rasa car seat baby mesti fixed kat kereta je. So our hunt for a light and easy to fold stroller continue.

Then, ada la jumpa bottle Tommee Tippee yang saya memang nak. Belek2 lagi, dia ada offer untuk set packaging steriliser, warmer, travel storagex2, 5oz bottlex1, 9oz bottlex3, sucker and brush at the price of RM529. Jadi kami cuba banding dengan individual loose price di Lazada dan 11Street. Total loose price pun still mahal dari packaging tu jadi kami terus rembat aja.

Mulanya nak pakai hand pump tapi husband cakap yes memangla duduk rumah but it is good ada electric pump supaya tangan boleh free buat keje lain and tak cepat penat. Baiklah. Saya tak kisah cuma risaukan kos untuk electric pump yang bukan murah. Tapi kalau suami nak belanja, apa salahnya kan? :)

Other stuff mostly kawan kami nak serahkan je barang2 dia sebab diorang tak plan nak tambah rakyat. Haha! Sampai car seat pun dia nak bagi sebab baby dia besar. Lahir haritu pun dah 3.67kg. Normal birth ok! Murah rezeki baby ni. Dalam perut dah ada orang nak sedekah. Kawan sorang lagi pun cakap jangan beli bath tub sebab dia nak belikan sekali dengan baby rest untuk letak dalam bathtub tu supaya tak lenguh tangan nak support. Tinggal siram aja baby. :)

Syukur alhamdulillah.

------------

Simptom beberapa minggu ni tak ada yang obvious sangat selain daripada baby makin hari makin kuat menendang. Kadang2 senak juga dibuatnya. Kaki adalah penat sikit rasa semut2 tapi cepat2 naikkan dan rehat atas sofa bila benda ni jadi.

Kerja rumah pulak makin perlahan nak buat. Satu hari vacuum. Lepastu rehat. Esok lusa baru nak mop tapi mop macam dah lama tak buat. These few days baru la ada hujan petang/malam, adalah sejuk sikit dan bolehlah bersihkan rumah tanpa banjir peluh.

-----------

So kiranya post kalini ceritanya, siapa2 yang tengah budget nak buat persiapan sambut baby tu, rasanya budget yang sangat2 penting ialah:

1. Bottles+breastpump
2. Stroller/carseat/carrier/wrap
3. Set berpantang
4. Baby crib

Yang ni antara item yang mahal dan perlu simpanan lebih.

Item 2,3.4 diatas maybe next time kita boleh share ye lepas buat research lain.

(oh, dulu pernah janji nak diskusi tentang ICSI kan? Since tak jadi ICSI/IVF ni sebab kami berjaya conceive naturally, mungkin boleh lawat blog doktor saya dradilah.blogspot.com untuk maklumat lanjut tentang isu2 kesuburan)

Till later,

xoxo 

No comments:

Post a Comment

Let me know what you think :-)