Tuesday 27 October 2015

January 2016

Bismillahirrohmanirrohim..

Tak dapat nak lelapkan mata. Jam menunjukkan pukul 1.13am. Hujan renyai-renyai diluar. 

Dah selamat jumpa doctor dah semalam.
Result kurang memberangsangkan. 
Vitamin D turun lagi sedangkan dah sibuk telan pil 2000IU dua kali sehari. Bukan itu sahaja, siap pergi taman lagi berjemur mana-mana bahagian yang boleh didedahkan pada cahaya matahari.

Result toxoplasmosis is negative, makanya kucing-kucingku sihat dan bebas daripada jangkitan kuman tu. Toxoplasmosis ni boleh hadir dalam kucing yang dijangkiti virus tu. Dikeluarkan dari badan kucing melalui tinja. Kalau aku tersentuh tinja, maka boleh berpindah pada aku. Bila aku mengandung, bayi aku nanti mungkin akan mengalami kecacatan perkembangan. Nauzubillahiminzalik. 

ET cantik bulan ni tapi bila aku bagitahu doktor aku amalkan EPO at 1000IU 3x a day, doktor suruh stop or reduce habis-habisan sebab memangla EPO ni elok untuk bantu tebalkan ET sebab ada estrogen, tapi side effect dia ialah akan berlaku pergerakan seakan-akan bergelombang pada UC yang akan mengganggu implantasi embryo jika berjaya disenyawakan. Pergerakan ni terlampau kecil dan hanya boleh diperhatikan melalui rakaman video TVS yang dipercepatkan. 

Ovari kanan ada folikel tetapi lokasinya jauh daripada yang sepatutnya.

Ovari kiri ada foliket bersaiz ideal tetapi morfologinya kurang cantik kerana terdapat "unjuran" yang aku lupa namanya. Tidak berbentuk bulat seperti biasa.

Doktor semak kembali medical records. Dah setahun lebih dah daripada x-ray HSG pertama. Maka aku diminta untuk buat temujanji untuk HSG x-ray kedua untuk memastikan tiada bahagian yang "kurang sihat". Akan telefon Hospital Tawakkal, Jalan Pahang on D1, ask for appointment with Dr. Fatimah. Bawa balik report HSG ni nanti during appointment seterusnya. Perlu makan antibiotik sehari sebelum, hari HSG dan sehari selepas HsG ni untuk mengelakkan jangkitan kuman. Ni bukan x-ray rangka tulang ye. X-ray ni special sebab ada dakwat yang akan disalurkan ke dalam ruang rahim dan terus ke tiub falopia dan ovari kiri kanan sambil diambil gambar x-ray untuk melihat kelancaran pergerakan cecair tersebut. Mudahan tak ada yang sumbat ye. 

In the meantime, continue with Vit D at 2000IU 2x per day. Sampai sebulan atau sebulan setengah nanti, datang balik untuk buat blood test. Tuesdays and Fridays je, result akan dapat two working days after. 

So apa yang akan berlaku January 2016 nanti??

Selain berkongsi perancangan kami untuk ke umrah December ni nanti (doctor tu pun akan pergi inshaAllah), doktor dah bagi ubat siap-siap dah untuk dimakan pada cycle D3-D8 sejurus selepas pulang daripada umrah. Ubat ni memang power sebab arahan ialah makan satu tablet setiap hari untuk 5 hari, tetapi pada waktu malam sahaja sebelum tidur. Sebab lepas makan ubat ni confirm pening mabuk loya berpinar-pinar dibuatnya. So strictly for night only. Bila dah sudah, jumpa doktor lagi pada D11/D12/D13 untuk monitoring.

Apa term menarik appointment kali ini? 

Aku sampaikan pada student aku, belajar biologi ni macam belajar bahasa. Bila tahu bahasanya, maka tahulah maksudnya.

Term kali ini ialah... (Drum roll)

Intra-cytoplasmic Sperm Injection atau ICSI. 

Apa itu ICSI? Dan apa beza IcSI dengan IVF?

Tunggu post seterusnya selepas aku habis mentelaah agar dapat disampaikan ilmu sains ini dengan mudah. 

Betapa kecilnya kita dan betapa hebatnya ciptaan Allah subhanahuwata'ala. 

Kun fa ya kun

No comments:

Post a Comment

Let me know what you think :-)