Thursday 30 April 2015

Dewan Nikah???

Alkisahnya,

Hari ni bestfriend husband akad nikah di Masjid Al-Azim, Kampung Pandan. Kitorang dah sampai sharp at 9am la kan and rumah kitorang jauh. Rasa seronok bila tengok masjid ni meriah dengan aktiviti. Ada ramai pasangan pengantin yang tengah tunggu nak akad nikah/dah sudah selamat akad nikah, ada bazaar dan ada kuliah/ceramah agama.

Bila dah sampai tu tak nampak pulak kelibat kawan husband ni. Khemah di perkarangan masjid pulak ada dua, satu pink satu lagi biru. Dah lah kitorang salah masuk lorong untuk pergi parking bay. Siap ada sorang makcik ni marah sebab takut kitorang ambik parking spot dia sedangkan kitorang ke tepi sikit je sebab nak bagi dia lalu dulu. 

Tunggu punya tunggu, finally nampak kelibat ayah pengantin lelaki. Itu pun sebab husband dah gelisah bila di call pengantin lelaki tadi tak jawab. Whatsapp pun last seen pukul 8am tadi.

Rupanya diorang dah selamat dinikahkan dalam Dewan Nikah. Ada rupanya bilik khas ye? So ter miss lah upacara penting sebab pengantin lelaki tu bestfriend husband sejak zaman muda mudi lagi. 

Awal pagi tadi time sampai, kitorang nampak ada pengantin-pengantin lain juga yang akad nikah di ruang solat utama. Ingatkan buat kat situ la kot. Rupanya tidak. Bukan rezeki lah kot nak tengok akad nikah diorang. Tengok video je lah nanti.

Dua bulan lagi wedding anniversary kitorang yang ketiga, in shaa Allah. Nak plan surprise apa ya untuk husband? 


Inai art on my wedding day, 3 years ago.

Wedding anniversary husband dan kawan-kawannya semua rapat-rapat. 

S&H : 16/7/2011
F&E : 5/5/2012
R&A : 7/7/2012 (kitorang la ni)
N&A : 14/3/2014
E&A : 1/5/2015
I&U : 6/6/2015 (ni coming soon)

Yang 6/6 ni nanti akad nikah di Machang, Kelantan. Husband tengah tengok tiket sebab kalau musim cuti sekolah ni mahal sikit. We'll see. 



Oh look what came in the mailbox today?
Ada wedding invitation daripada kawan di Sabah. Handmade card ok? Thank you korang. Kitorang diminta ambil selfie dengan kad kahwin diorang nanti untuk di print dalam wedding album. Tak tahulah dapat attend tak wedding ni. Boleh tahan lama bercinta jugak diorang ni. Rasanya dah minat-minat sejak matrikulasi dulu. Alhamdulillah. Kita doakan yang baik-baik aja untuk mereka ya?

Xoxo

No comments:

Post a Comment

Let me know what you think :-)