Wednesday 22 April 2015

How I Met My Husband

Disclaimer: Post ni super panjang. Kalau rajin baca go ahead. :P

Aha! Hehehe. Dah lama menyepi kan? Adalah tu cerita dia. Ulang-alik somewhere and tiba-tiba ramai pulak yang datang visiting so jadilah driver bertauliah. Ada hikmah jugak quit keje hari tu. Bila ada orang mintak tolong, bolehlah bantu sebab banyak masa terluang. Tapi tapi tapi, lately ni doctor suruh duduk dirumah aja, berehat katanya. Okaylah. Tapi (lagi) sakit mata la tengok habuk. Cerdas dan tangkas sungguh labah-labah kat rumah ni buat sarang. Sejak jalan belakang rumah tu open for public use, bila bukak tingkap dapur je banyak habuk masuk. Memang kene sapu hari-hari. Kalau tak bukak nanti air circulation dalam rumah tak elok pulak kan. Takpe. Kita sapu slow-slow takat mana yang mampu.

Banyak pulak komplen ye? Hehe.

Jom korek balik kenangan lama.

Bukan apa, tidak ada niat nak menunjuk, cumanya suka bercerita dan berkongsi pengalaman. Sebabnye bila orang tanya aku orang mana dan husband asal mana, soalannya: jauhnye.

Macam mana jumpa?

Ceritanya begini.....

Flashback jauh sikit ye.

Lepas habis Tingkatan 5, aku ada hati nak sambung matrikulasi. Daddy memang bengang habis la sebab dia nak aku stay dekat and sambung Tingkatan 6 je. Aku cakap kalau Sains susah lah. Please let me go because kat sana nanti ada exposure baru. Dahlah dulu lepas Tingkatan 3 tak bagi tukar sekolah (result PMR cantik), takkan kali ni nak larang lagi? (remaja ye. memang melawan. mudahan anak kitorang nanti senang sikit jaga. amiin)

Hari yang aku mintak Daddy sign borang matrikulasi tu, mata Daddy tak berganjak pun dari tv ok. Aku pun duduk je kat lantai depan dia, letak borang tu atas coffee table and tunggu dia sign. Bila azan Maghrib dah berkumandang, baru dia off tv, dia ambik borang tu dan sign, pastu masuk bilik. He didn't even utter a single word. Berapa lama aku duduk situ pun aku tak ingat tapi boleh tahan keras kepala jugak aku ni, kan?

So I got what I wanted. I spent a year in Labuan Matriculation College. Seronok! First time kot keluar dari rumah. Alhamdulillah pandai la jugak uruskan diri walaupun banyak tiru/belajar daripada budak-budak yang dah biasa duduk asrama. Budak bilik aku time tu semua budak day-school. So semua pun pakat ajar each other kalau dapat tips baru utk jemur kain, bajet groceries, kemas baju sendiri dalam almari, packing barang etc etc.

After that, sampai lagi masa untuk pilih nak mohon universiti mana. Of course lah universiti tempatan kan sebab itulah yang termampu. Sekali lagi...sekali lagi aku gaduh dengan Daddy. Dia nak jugak aku ikut jejak langkah kakak aku (dulu dia Tingkatan 6 pastu further her studies in UM reading Law). Aku cakap kamon la kan, budak Sains nak buat Law? Aku serious tak minat. Please jangan paksa. I wanted to be a doctor. Tapi tak cukup pandai so aku downgrade nak jadi nurse (still stay in medicine field). Influence ni datang sebab aku ni dari kecik dah selalu ada kes istimewa bila masuk hospital. Itu kita cerita next time. Gaduh punya gaduh, I gave in.

Bila nak isi borang UPU tu, ada 8 pilihan. Boleh-boleh pilihan 1-3 aku adalah yang paling pelik. 1)UM-Law?, 2) UIA-Law??? 3)Aku tak ingat jugak tapi Law jugak rasanya. Sungguhlah sesat. Time isi UPU tu, that year it was conducted online. My mentor-lecturer kat college tanya, kenapa pilihan awak ni macam ni? I had to tell him it was my father's wish. Ikutkan jela. Seterusnya, 4) Unimas-Nursing. 5) UMS- Geologi. Yang lain hujung-hujung tu aku tak ingat sangat. I know one of them was Physiology though.

Kenapa Geologi sesat situ? Sebabnya, time kat matrikulasi pun, result aku jatuh merundum. Entahlah, aku ni tak pandai belajar ke atau tak pandai jawab soalan exam. Time scroll through choices tu (aku ingat lagi time tu pergi town and duduk kat cc supaya aku sorang and boleh fikir dengan waras), ternampak course ni. My dad memang keje oil and gas and he was a mud engineer dulu. Dari kecik I was told of stories about working offshores bagai. Antara gambar pertama aku time kecik ialah pakai ear muff yang Daddy bawak balik dari offshore ye. Huhu. Bila baca description tu, okay, boleh kot. Macam seronok je belajar Sains Bumi ni.

Fast forward to second month in Universiti Malaysia Sabah main campus.

Time tu aku tengah beratur kat ATM. Line panjang gile so sabar jelah. Then tetiba adala sorang kawan sekolah dulu lalu, si R ni. Dia tegur kejap je sebab nak kejar bas. Tak lama lepas tu dia patah balik berdiri sebelah aku. Dia terus tanya...

"I am doing someone a big favor ni sampai sanggup miss the bus. (dia duduk off campus yang around >5km away)"
"Oh? Favor apa plak ni?"
"Ada orang nak berkenalan dengan kau. Kalau kau izin, baru aku bagi nombor hp kau. Kalau tak, we'll forget this conversation ever happened,"
"Hmm.. Dari mana dia kenal aku?"
"Dia pernah nampak kau sekali, pastu dok tanya semua orang kau tu sapa,"
"Mak ai. Hensem tak?"
"Bengong. Nak bagi ke tak? Cepat! Next bus dah nak sampai tu, dahla panas ni,"
"Okaylah-okaylah bagi je. Tapi bagitau aku dah ada boyfriend,"
"You won't regret this,"

And he took off just like that.

Rasanya the next day kot, time on the way nak pergi meeting Baktisiswa (time tu kitorang buat program kem motivasi untuk bebudak sekolah menengah), message masuk. Korang sekarang semua Whatsapp la WeChat la SnapChat la bagai kan? Kitorang dulu pakai SMS!

"Hai, boleh berkenalan? (aku tak ingat full message sebab time tu tengah busy)"
"Boleh kot. Tapi sekarang saya sibuk, dua tiga hari ni nanti saya akan ke luar bandar untuk program. Nanti bila saya free saya message awak balik,"

Hahaha! Mengelak habis. Time tu memang I was dating someone pun, cumanya long distance and ada lah problem jugak yang tak payahlah kita ungkit okay?

Dua tiga hari lepas tu, bila dah sampai sekolah tu and halfway nak start program, ada SMS masuk lagi.

"Hai, awak buat ape tu? Boleh message?"

Mamat ni lagi!!! "Ha, boleh tahan sibuk lah. Program dah mula,"

Lepas tu aku pun tak tahu macam mana, pandai betul dia berSMS, sampai aku pun menjawab, dan tanpa disedari, kitorang start balas membalas SMS.

Bila balik ke kampus, satu hari tu aku rushing kejar bas after class. Tengahari panas dan aku super lapar. Lupa pulak dah kat mamat tu sebab kitorang stop SMS and aku dah fokus dengan kelas semester pertama yang sangatlah tak ampun I tell you. Sampai je bilik, dia SMS.

"Saya nampak awak tadi lari kejar bas. Dengan baju kurung oren dan beg purple bunga-bunga. Nak telefon awak boleh?"

Annoying nye mamat ni!! Aku tak respond. Lepas tu dia call. Adui.... jawab jela....Aku buat-buat suara ngantuk, "saya penat ni, awak nak apa?"

"oh yeke? Sori. Saje nak borak. Takpelah. Bye,"

Entah macam mana, aku pun tak ingat, time tu gaduh dengan ex bf. Kebetulan dia call malam tu. So dengan menangis tu aku jawab jugak telefon dia. Kitorang borak lama. Tak borak pun. Aku cakap, takde mood nak borak and please jangan kacau aku lagi. Dia kata, dia tahu aku ada bf and malas nak layan dia. I can treat him as a friend, tapi dia cakap, dia terus-terang tak nak kawan JE dengan aku.

Dipendekkan cerita, entah macam mana lagi, hati aku terbukak nak berkawan dengan dia. Musim exam pun dah sampai. Kebetulan kitorang ada satu paper am yang sama. Dia ajak jumpa. Paper Hubungan Etnik rasanya. Lecturer Nordi Achie. Super best lecturer ni. Memang gamble habis la nak jumpa time exam kan? First paper plak tu. Gila!

Time tunggu nak masuk dewan exam tu, dudukla kat luar dengan geng-geng aku. Tetiba si Halim jerit panggil aku, weh Anne, dia la si Reza tuh! Reza apa lagi, terus panic, toleh tempat lain dan nyorok belakang tiang. Dia SMS aku cakap jumpa kat tiang tu nanti bila dah nak masuk.

Haha! First thing yang aku ingat pasal dia ialah pencil case dia. Beg Toblerone. Rasanya orang laki lain tak pakai pun pencil case gitu. This might be interesting.

And so... fast forward to present. Bila kitorang cerita-cerita balik, memang tergelak-gelak and sampai sekarang masih boleh buat bahan. Rasanya sampai bila-bila jugak kot masih boleh buat bahan.

He revealed that:
1) Hari pertama dia nampak aku ialah 1 Julai 2006, time nak daftar masuk kolej kediaman. Aku baru nak keluar dewan, turun tangga, dia dan geng-geng dia baru nak masuk dewan, tengah naik tangga. Dia cakap dia terkedu tengok aku tapi aku langsung tak pandang dia. Benda pertama yang dia ingat pasal aku time tu, rambut panjang, baju kurung tapi kasut sukan. (time tu aku terdesak sebab tak beli lagi kasut kuliah yang elok. erk...atau memang aku tak pandai nak bergaya). Yang paling penting, anting-anting bulat warna hitam.

2) Kali kedua dia jumpa aku, kat cafe kolej kediaman tu. Aku datang meja dia sebab nak tanya khabar kawan aku si R tu tadi. Dia cakap dia tanya aku sekolah mana kursus apa (time tu tak tukar jadi fakulti lagi), aku langsung tak jawab. (serious? sumpah aku tak ingat pun nampak dia kat meja tu. and sumpah sampai sekarang dia sumpah he was at that table and I ignored him)

3) Lepas habis minggu suai kenal tu, dia dapat kolej kediaman off-campus, and couldn't locate me. So lost macam tu aja. He went around asking people yang dia kenal yang dari matrikulasi Labuan pasal "this girl with long hair and black earrings". Itu description aku time tu. Kebetulan housemate dia sorang budak satu team silat dengan aku time college dulu. Si Awan tu. Dia cakap nama aku Fitriyana/Fitriyani. (what????!!!) Makanya, dia pun mencari la lagi di mana-mana fakulti yang ada kawan dia, with that description and fake name.

I revealed to him that:
1) Sebelum kitorang jumpa time first paper tu, aku ada risik pasal dia ngan coursemates / geng aku yang memang duduk off campus tu.

2) Aku tanya dia hensem tak? Muahahahaha.

3) Diorang cakap hensem and baik sangat. Pastu tetiba Halim kenalkan aku dengan coursemate aku yang sorang lagi yang housemate dengan husband aku ni.

Keciknya dunia.....Boleh ye pusing-pusing gitu.

During wedding ceremony kitorang, MC ada tanya macam mana kitorang kenal. At that time we took the opportunity to thank our friend, R. Thank you for missing that bus for us. R sekarang menetap kat Kota Kinabalu rasanya. He never left. Married a nice Sabahan girl and already has a son.

Aku tanya lagi, since our mutual friends dah banyak sangat tu, why did it took him months to find me?

His extensive search was done kat SPP - Sekolah Psikologi dan Pendidikan.

Really?

Muka aku ni ada nampak macam cikgu ke?????


Xoxo.

No comments:

Post a Comment

Let me know what you think :-)